Tuesday, March 27, 2012

#random

aku menjadi orang yang agak pemikir sejak beberapa hari ini. hahaha...aku pun tak tahu kenapa.
banyak benda yang berjalan-jalan dalam otak aku sekarang.

******************************************************

aku kira aku orang yang agak secretif, mungkin kerana aku agak payah untuk meluahkan perihal yang agak peribadi kepada teman rapat atau adik-beradik aku sendiri (read: perihal hati terutamanya). aku rasa lebih selesa untuk memendamnya sendirian daripada menjaja kepada orang lain. tapi ada benda-benda tertentu yang aku mudah untuk meluahkan, mungkin kerana sifat aku yang agak sensitif ini.

bagi aku, keluarga dan adik beradik adalah top priority, dulu kini dan selamanya. aku memang begini sejak dulu, pantang bagiku jika ada sesiapa yang berani untuk mengejek, mengeji, mengata atau membuat onar kepada emak, ayah atau adik-beradikku yang lain. ibaratnya, jika mencari pasal dengan mereka-mereka ini, maksudnya mencari pasal dengan aku juga.

aku akan mudah untuk membuat impression yang negative terhadap teman-teman adik-adikku sekiranya aku terbau sesuatu yang tak enak lewat penceritaan mereka. dan bukan mudah untuk aku padam imej negatif mereka dari kotak fikiran walaupun perkara itu telah lama berlaku. hahaha...aku tak pernah tahu kenapa aku bersikap sebegini, dan aku tak pernah mahu untuk ambil tahu kerana aku senang sebegini.

bagiku, sekali orang itu mendapat respect dariku, selama-lamanya dia teratas dan selama-lamanya aku tak akan berani untuk ubah kenyataan itu. seperti papaku, dia yang mempunyai respect aku yang tertinggi, maka harus aku hormatnya dengan tinggi juga. sama seperti ibuku. dua orang manusia ini menduduki carta teratas dalam hati aku selepas ALLAH.

aku ini orang yang agak tegas, dan aku kira aku payah untuk bertolak-ansur dengan mereka yang aku rasa tidak jujur dan cakap tak serupa bikin. akan payah bagi aku untuk percaya dengan mereka-mereka yang tidak memegang janji, kerana bagi aku kehormatan seseorang itu terletak pada percakapannya, jika seseorang itu dapat menjaga kata-kata mereka , maka sudah pastilah orang lain tidak akan berani untuk mengata-ngata mereka.

*********************************************************

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
(Ar-Rahman)

sungguh aku tahu Engkau sentiasa ada di sisi aku tapi aku hanya sifat yang penuh dengan ketidaksempurnaan, aku seringkali terlalai dan terlupa akanMu YA ALLAH.

Monday, March 26, 2012

#serabut

aku masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan pulau asing ini. walaupun zahirnya aku punya ramai teman-teman seangkatan (read: teman-teman guru) yang sangat baik dan pantas memberikan pertolongan tanpa dipinta, tapi tak semudah itu boleh membeli sebelah jiwa aku yang kosong itu.

aku tak fikir aku boleh terus-terusan berkeadaan begini, keadaan yang mudah buatkan aku rasa sayu, sedih, lemah dan patah. keadaan yang dipenuhi aura negatif, yang membuatkan fikiran aku semakin menjadi-jadi negatifnya :(

sungguh YA ALLAH, aku tak berdaya dengan dugaan ini.

aku rasa kosong sekosongnya di sini. entah kenapa aku tak tahu. tapi satu yang aku pasti, kosong tanpa warna.

dan jauh disudut hati, aku dapat rasakan kerenggangan antara adik-beradik aku yang lain. jujurnya, perkara utama yang berlegar-legar di fikiran semua orang adalah perihal yang satu itu.

maaf jika aku terlalu jujur, tapi seikhlasnya aku tak berapa gemarkan 'dia' yang buatkan aku rasa jauh dari keluarga dan adik-beradik aku yang lain.

tidak, aku tak pernah menghalang 'dia' dan darah dagingku untuk berhubungan, tetapi mungkin caranya yang membuatkan aku rasa ditinggalkan jauh terkebelakang :(

aku tak tahu sebabnya, dan aku rasa buat masa ini aku malas untuk ambil tahu kenapa.