Tuesday, March 2, 2010

kerana diriku begitu berharga :)

salam and hi to all,

kawan2 pernah dengar tak kata2 macam tajuk diatas, "kerana diriku begitu berharga"
atau pernah terlihat dimana2?

hehe...kan dulu2 dalam iklan OLAY pernah ada, menampilkan Camelia sebagai jurucakapnya. lebih kurang mcm iklan kecantikanlah.

masa muda remaja dedolu, bila dengar iklan ni, macam tak bagi kesan apa2 pun tpi sekarang, as time goes by, dah besar dan matang mcm ni, semuanya jadi rasional dan logik bila dengar kat kepala ni :P

betul sangat kata2 tu kan?[pada akulah]
sebabnya, semua orang ada nilai masing2, semua orang ada "harga" masing2
tak ada seorang pun dalam dunia ni yang tak berharga atau tak berguna sejak lahir
ALLAH tak akan ciptakan umat manusia tanpa tujuan
mesti ada tujuan setiap orang diciptakanNYA, cuma kita je yang tak tahu :)

kawan aku pernah kata, "kita tak boleh pandang rendah pada orang, takut2 dia lebih mulia daripada kita"
dan aku rasa memang betul.
sebab setiap orang ada nilai diri masing2, ada harga diri masing2.
siapa kita nak nilaikan "harga" orang lain?
sedangkan ALLAH pun tak beza-bezakan hambaNya
inikan pula kita, manusia yang tak punya apa2.

kadang2 aku rasakan, bila kita "lebih" dalam sesuatu benda tu, kita akan cenderung untuk pandang rendah atau meletakkan nilai pada seseorang tu.
dan benda ni jadi lebih serius kalau2 orang tu tak menepati citarasa atau piawaian kita dalam menilai orang.

aku pernah terbaca dalam buku karya aidh abdullah al-qarni, tajuk dia "beginilah zaman memotivasikan kita". memang best buku tu. try lah baca [aku ada kalau nak pinjam :P]
beliau pernah tulis dalam tu, lebih kurang mcm nilah kata2nya:

"kadang2 kita merasakan bahawa dah banyak amal dan ilmu kita dapat dan kumpul, dan tanpa kita sedar, kita meremeh2kan orang lain yang tak sebanyak amalan kita, tapi tahukah kita, pada saat pertama kita terlintas fikiran seperti itu, serta merta amalan kita menjadi tidak sebanyak orang yang kita remehkan tadi"

[beliau tak tulis mcm ni sebijik2, tpi aku ringkaskan mcm ni ikut kefahaman aku]
aku nak cari apa yang beliau tulis tapi tak jumpa :P

so, kesimpulannya,jangan letakkan nilai pada seseoang itu. tak kiralah mereka tu ada lebih ilmu atau kurang ilmu dari kita, give them respect.
because respect is gained, not given :) :) :)

till then,

salam and bye bye bye :P

No comments: