it's been almost 2 weeks since happiness knock on our door.
and now, ALHAMDULILLAH, everything seems quite lively and happy again :)
masa awal2 tu semuanya seakan2 sedih dengan keadaan Pa.macam2 kemungkinan yang aku fikir. aku takut kalau2 kaki Pa kena potong, macam mana keadaan keluarga kitorang? walaupun semuanya dah besar2 (setakat ni tak ada yang sekolah rendah), tapi takkan nak harapkan Ma je...kesian jugak dekat Ma. tapi macam orang kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, betapa berat aku fikirkan pasal kemungkinan segalanya tu, aku tahu Pa yang menanggungnya lagilah terasa.
kadang2 aku tengok Pa macam cuba nak sembunyikan bimbang dia dari kitorang. masa nak cuci luka dia, aku akan wat dengan berhati-hati dan paling slow sebab aku takut Pa rasa sakit. tapi, Pa selalu kata;
"takpe Na, Pa tak sakit pun. tak rasa sakit langsung. cuma nampak luka saja"
mula2 aku tak percaya jugak, aku ingat Pa tak mau tunjukkan sakit dia depan kitorang tapi bila aku tanya dia setiap kali nak dressing luka tu, dia tetap bagitau benda yang sama. aku tahu, Pa takkan tipu kitorang. dia akan bagitau kalau dia rasa sakit. sampai dia kata;
"kalau Pa sakit, Pa akan bagitau. jangan risau"
hanya ALLAH je yang tahu macam mana perasaan kitorang sekeluarga. semuanya takut tapi pada masa yang sama, kitorang kena berfikiran positive sebab tak mau Pa jadi lagi psycho. cukup2 lah dengan doktor2 tu, tak payah kitorang pulak tambahkan kebimbangan Pa. dia dah cukup derita menanggung sakit tu, takkan nak ditambah lagi tanggungan Pa.
sepanjang Pa cuti dan duduk di rumah, dia banyak perhatikan keadaan rumah yang sebenar. macam mana keadaannya masa Pa tengah sibuk bekerja dan kitorang cuti. kalau dulu, sebelum Pa sakit, payah sangat nak tengok muka dia kat rumah kecuali Ahad, tu pun sebab dia cuti, kalau tak, malam je lah boleh jumpa. aku selalu rasa pelik kalau Pa ada kat rumah sebelum ni, tapi sekarang rasa macam dah biasa bila Pa ada kat rumah. kitorang sembang macam2 benda.
pernah hari tu Cunah(adik Pa) call, dan Pa bagitau Cunah yang dia rasa respek dan hormat pada orang perempuan yang boleh uruskan rumah tangga tanpa mengeluh atau complaint apa2. dia rasa respek sebab perempuan boleh uruskan dan habiskan kerja rumah yang tak akan pernah habis. bila aku dengar Pa cakap macam tu dengan Cunah, aku rasa bangga pun ada sebab Pa jarang puji benda2 macam ni kecuali kalau dia betul2 maksudkannya.
dan sampai ke hari ni, ALHAMDULILLAH berkat sokongan keluarga dan semangat Pa sendiri yang nak sembuh, luka tu makin baik tapi mungkin perlu beberapa hari lagi sebelum Pa betul2 recover to its original condition.
********************************************************
sesungguhnya benda yang berlaku ni membuatkan aku rasa sangat bersyukur.
kalau ALLAH nak bagi sakit, bila2 masa pun Dia boleh bagi
dan
kalau ALLAH nak bagi sembuh, bila2 masa pun Dia boleh bagi sembuh.
itulah kebesaran ALLAH.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
(Ar-Rahman)
Pa selalu rujuk pada ayat ni masa dia sakit. sebab dia tahu, sakit ni hanyalah ujian ALLAH buat dirinya. sebab tu Pa jadi kuat :)
aku pun sepatutnya didik diri aku untuk terima sahaja ujian dan ketentuan ALLAH. serah segalanya kepada ALLAH bulat2, aku tiada kuasa nak menolak atau terima apa2 pun. semoga aku juga jadi kuat, macam Pa
:)
No comments:
Post a Comment