Saturday, January 22, 2011

update update update!

haih lama giler tak update blog =.='
bajet macam banyak kerja sangat la, padahal kelas separuh hari je.

sedar tak sedar dah lebih kurang 3 minggu sejak 2011 start dan lebih kurang 3 minggu jugakla kelas start. final sem ni lebih rileks sikit, sebab kelas pun tak banyak, subjek pun tak banyak juga. jadi, kalau diikutkan memang aku punya masa yang sangat sangat sangat banyak. biasalah, aku ni kan real procrastinator, jenguk sana sekejap, jenguk sini sekejap, lama2 kerja yang nak dibuat memula tu tak siap2.

hajatnya nak tulis blog untuk salah satu subjek, tapi tulah manusia ni, time2 ada kerja ni yang dia sukaaaaaaaaaaaaa sangat pergi "jalan2" tanpa tujuan. melencong tulis blog ni kejap, yang perlu disiapkan tak buat pun =.= double haih.


sebenarnya tak ada apa nak cakap pun, sesaja rasa nak tulis sesuatu dalam blog ni, so here i am :P

kalau boleh nak cherish dan enjoy final sem ni betul2 sebab lepas ni, semua orang akan bawa hal masing2, ada life sendiri2 dah, dan peluang nak boleh jumpa balik tu macam agak tipis la kecualilah kalau betul2 ada sesuatu cnth mcm reunion @ gathering.

tak sangka aku dah menginjak masuk umur 24 tahun, satu peringkat usia yang aku rasa agak matang dan dewasa. dan aku rasa dah agak layak nak buat keputusan sendiri, tapi masih lagi perlukan nasihat dan pengawasan orang lain, especially keluarga dan kawan2.

tak sangka jugak aku dah final sem, dan bakal menamatkan pengajian aku yang 6 tahun ni. aduhhhh lama sungguh rasanya belajar, walaupun nak jadi cikgu saje. dan bakal bekerja, kalau ada rezeki insyaALLAH, tapi tu lah, pengalaman belajar ni takkan boleh dapat dimana2 kot. priceless :)

oklah..tu je kot setakat ni. idea takdekla..

till then,

bye bye :)

No comments: