Friday, April 30, 2010

skeleton in the closet

salam and hi to all,

setelah 2 entries lepas aku tulis dalam bentuk penceritaan, aku rasa nak balik kepada benda biasa pulak. bukan apa, malas nak mencari-cari ayat nak karang cerita..hehe :P

tajuk diatas tu sebenarnya lebih kurang macam pepatah inggeris lah. dan maksudnya lebih kurang macam, setiap orang ada rahsia tersendiri yang dia simpan tanpa pengetahuan orang lain, dan rahsia tu mungkin akan bawa kebaikan atau keburukan pada dia.

sebenarnya agak lama dah aku memikirkan nak tulis pasal tajuk ni, tapi sebab aku fikir macam payah je nak put in words apa yang aku fikirkan, aku hold sekejap. so, skarang ni rasa2nya dah tahu kot nak tulis mcm mana. aku try ye? pelan-pelan...

aku sebenarnya suka sangat2 [read: tersangat amat sangat] pada rancangan yang berbentuk penyiasatan contohnya seperti CSI[NY, VEGAS, MIAMI],NCIS, NCIS:LA, crossing jordan, midsomer murders, jane doe, mcbride's, criminal minds and etc. dan lately, siri criminal minds tu jadi favorite sekarang. minat giler dengan cerita tu!

[apa yang aku nak tulis lepas ni pasal criminal minds]
salah satu benda yang buat aku tertunggu dan suka dan ketagih dan minat giler dan gemar siri ni adalah sebab cerita ni banyak berkisar pada perangai manusia dan apa yang kita boleh simpulkan dari setiap perbuatan yang dilakukan oleh criminal2 tersebut. macam baca minda penjenayah tersebut untuk nak tahu motif, sebab, sejarah, cara2 operasi dan yang penting sekali, tempat dan masa dia nak lakukan jenayah tu. biasalah, nama pun cerita, so setiap anggota BAU[Behavioral Analysis Unit]tu dianggap dan digammbarkan sebagai hebat dan sangat bijak. boleh baca minda dan langkah penjenayah tu nak gi mana lepas ni. nilai komersial orang berbisnes. <------ok. abaikan yang ni.

anggota2 BAU ni akan cuba sedaya upaya analisis perbuatan dorang untuk jejak trail mereka2 yang bersalah ni. mereka akan cari segala maklumat, rahsia dan fakta2 yang berkaitan pasal suspek dan bongkarkan. dan kadang2 boleh jadi terkejut dan tak sangka mereka boleh sampai ke tahap yang begitu sekali nak buat jenayah! dan banyak digambarkan ada antara2 penjenayah ni adalah sebenarnya orang yang sangat bijak pandai, kaya dan kadang2 sangat baik.
[ok. sampai sini saja sesi criminal minds]

sebenarnya, yang aku nak highlightkan kat sini adalah setiap perbuatan kita adalah bersebab. bermotif[cey CSI skit :P]. mesti ada sesuatu yang boleh trigger seseorang tu untuk buat jenayah. dan benda ni balik semula pada kisah hidup dia, sejarah lama, keluarga, kawan2, penyakit, fobia atau apa2 yang berkaitan.ingat, appearance can be deceptive!

sebab tu lah orang putih kata, skeleton in the closet. tak ramai yang akan buka closet orang lain melainkan dia betul2 rapat dengan orang tu. closet atau almari adalah merupakan barang peribadi seseorang. ye lah, kan kita simpan baju, seluar, diari sorok celah2 lipatan baju, barang kemas, duit etc. so, it's quite personal dan sangat penting untuk semua orang. skeleton tu merujuk kepada bahagian badan atau rangka manusia. secara logiknya, benda ni disimpan dalam bilik mayat, hospital, dalam tanah[kubur] etc, so kalau simpan dalam closet tu kan macam pelik dan aneh je kan? sebab tak kena pada tempatnya. dari sinilah, bila kita kata skeleton in the closet ni, kita dan tahu dah, ada sesuatu yang tak kena pada tempatnya disorokkan oleh tuannya. sama macam rahsia seseorang itulah, yang cuba disembunyikan dari orang lain atas sebab rahsia tu boleh memalukan atau bawa kebahagiaan pada dia.

samalah kita ni pun, aku pun ada jugak rahsia yang aku simpan sendiri, tanpa bagitahu pada mak ayah, kakak adik atau kawan2 pun. AKU SIMPAN SENDIRI sahaja sebab it is very personal for me. dan aku yakin korang pun mesti ada jugak kan rahsia yang korang tak bagitahu sapa2 pun, rahsia ni boleh jadi sangat kecil dan sangat besar. it's a normal thing. biasalah tu!

sebab tulah, kadang2 orang rasa kita ni dah baik dan bagus dah, tapi bila diorang tahu sesuatu hal dan ada kaitan dengan kita, terus diorang nak pandang bukan2 dan pelik2 kat kita. samalah macam kita buat kat orang lain juga. sebab semua orang ada skeleton in their closet too! :)

things happen for reason, remember that

owhhh...dah tersangat panjang lah pulak entry kali ni.
heheheheh...
oklah,

till then
salam and bye bye bye

P/S:
aku bukan bertujuan untuk agung2kan karya2 negara barat ke apa, nak puja2 mereka dalam kecekapan buat kerja ke apa, aku tahu semua tu hanya sebab kecanggihan teknologi dorang je, sebab idea2 mereka je, berlakon bolehlah buat mcm tu. tapi aku tonton sebab minat dan nak ambil iktibar dan at least, boleh jadi contoh dalam hidup. sebab ada antara cerita2 ni diolah dari cerita sebenar. dan aku juga minat2 saaaaaggggggggaaaaaaattttt pasal human behavioral ni, so benda ni mcm satu pakej lengkap lah kalau aku nak minta tengok cerita ni pun :P

No comments: