Wednesday, April 28, 2010

"studo" week

buku moral education for universities and colleges dipandang sepi. macam tak berpenghuni. ye lah, dah lama kelas ditinggalkan, perasaan malas apalagi mulalah bermaharajalela!

susuk itu mula bangun dari tempat duduk di hadapan komputer dan mula beralih ke depan tv. dicapainya remote control dan mula memilih-milih channel yang dikehendaki, atau jika ada apa-apa rancangan yang menarik.dia bernasib baik kerana tak perlu berebut-rebut dengan sesiapa, cuma dengan adiknya, itupun tengah tidur.

jam di dinding: 10 pagi
"hmmm...puas hati giler tengok criminal minds semalam, rasa nak tengok lagi dan lagi la" keluh susuk itu lagi. "alamak rancangan pun semua tak best ni! nak buat apa la?"
"ada astro pun macam tak ada je. semuanya rancangan yang diulang!"

dia masih lagi berkira-kira apakah rancangan pada hari itu. dah masuk hari ke empat sejak dia balik ke rumah, study week kononnya. mahu rehatkan badan dan otak sebelum exam yang akan datang, beritahu pada dirinya. sekadar ucapan melegakan perasaan sendiri.

"hmmmm....study je lah. duduk-duduk macam ni pun boring jugak", lantas tangan mencapai buku nipis berwarna biru keputihan itu dan masuk ke dalam bilik. berbaring di atas katil, sambil mencari port yang sesuai dan selesa, supaya senang masuk apa yang dipelajari, katanya [hehe].

chapter 1: introduction
definition of moral. moral is a word constantly used in many issues and cultures but is yet to be understood thoroughly.


mata dah semakin berat dan berat. dia tepis perasaan itu. menyambung pembacaanya.

if we do now know what moral is, we can't teach it. in many issuezzzzzz....

akhirnya, buku itu membaca tuannya. tidur juga dia pagi itu. untuk kesekian kalinya.



hmmm...study dah jadi studo ke?

No comments: