salam and hi to all,
sekarang ni aku rasa mcm seronok pulak dengar@ingat balik kisah2 zaman dulu2, tak kisahla cerita ma atau pa, ataupun cerita kami 5 orang adik beradik. entahlah, rasa mcm rindu nak balik zaman dulu2, nak gaduh2 mcm dulu2...hehehehe...betullah orang kata, masa kecik gaduh2 dulu, nanti dah besar, hubungan akan jadi rapat n erat. aku pun tak tahu betul ke tak, orng kata :P
aku ingat lagi masa kecik2 dulu, oleh sebab jarak umur kami adik beradik tak jauh mana, kalau ma pergi mana2 tu, panjanglah barisan di belakang dia. mcm train pun ada..hehe...mana taknya, sorang pergi, semua nak ikut. cnth, kalau pergi bank nak buat apa2, tunggu giliran, pastu bila nama ma dipanggil sorang, akan habis semua anak2 nak ikut pergi jugak, yang besar ke yang kecik pun nak tgk jugak kerani bank tu buat apa dekat ma...tinggi pun, jinjatlah kaki tu! kadang2 sampai bergaduh sebab semua berebut nak duduk dekat ma, supaya nampak jelas.
pastu, ingat lagi, kalau pergi koperasi perwaja[koperasi ni khas untuk kakitangan perwaja, die tak yah byr sebab dia akan potong duit rebat atau gaji pekerja, so tak perlu bwk duit]apalagi, kitorang akan amik 2 troli, satu untuk ma letak barang keperluan rumah@groceries dan satu lagi untuk kami adik bradik, bukan apa, nak letak barang2 yang kami nak beli, sebab kalau letak sekali dengan ma, nanti penuh troli, pastu takut jugak kalau2 ma jeling barang2 yang kita ambil..heheh
kesudahannya, banyaklah barang2 tak sepatutnya ada dlm list, dibeli. dulu, amik je nak yang mana, letak dalam troli...kalau tak bagi amik, nanti merajuk. tapi, dulu2 barang2 murah2 dan yang kami amik pun kecik2 jugak, zaman dedolu kan budak kecik lagi, brg2 pun kecik2 la :P jadi ma tak marah mana sangat pun.
stationery tu dari sekecil2 pemadam sampai ke sebesar2 buku, akan dimasukkan dlm troli, pantang jumpa yang comel dan cantik, huh! terus rembat. almaklumlah, bukan keluar duit sendiri.
dan kalau makanan tu, tak payah katalah, beli mcm stok nak simpan untuk musim kebuluran..punyalah banyak, padahal semua perempuan je, tapi perut mengalahkan saiz budak laki! dan bila sorang beli, maksudnya kena beli untuk semualah! alasan kalau ma tak bagi beli, ma tak sayanglah, ma pilih kasihlah...hahahah...mcm2 kerenah dulu2
dan yang paling aku ingat, time nak bayr[dia akan jumlahkan semua harga berapa untuk nak tolak dari gaji pa] tu semua orang pakat lari...bukan apa, malu beb! orang lain tengok2 je, pastu senyum2...heheh...
tambah kalau ada orang ramai beratur belakang, hah! lagilah malu tgk akak tu dok scan harga satu satu...segan sebab beli banyak satu, bila tgok dorang beli satu atau dua barang je dan satu lagi segan sebab kitorang membeli mcm nak pergi berperang atau ibarat rumah dalam hutan dan jarang pergi bandar :P :P :P heheheheheh
ma pulak, oleh sebab kami adik beradik kecik2 lagi masa tu, in fact adik2 aku masih lagi pakai pampers n minum susu, dia akan borong pampers n susu banyak2. kalau kat bilik stor tu, memang penuhlah dengan stok2 pampers nawal n mahasin. dan kat jemuran tu tak sah kalau takde lampin atau baju budak kecik!
kalau dulu jugak, nak pergi mana2 mesti kena ajak semua, yelah semuanya kecik2 lagi, nak tinggal kat rumah takut2 nanti ada apa2 benda terjadi pulak, jadinya angkutlah kami kelima2 beradik dalam kereta. mujur masa tu kecik2 lagi, dan mahasin duduk dengan ma kat depan, jadi muatlah semua orang pergi :)masa tu masa "kegemilangan perwaja" lagi...masa eric chia jadi big boss, pekerja2 akan diberi kereta dan handset sorang satu. dan masa tu, pa dapat kereta company, proton iswara putih plat number WDA 9540...heheh[ingat lagi aku] zaman dulu2, kalau ada handset tu dah dikira hebatlah! sampaikan handset yang pa dapat dari company, agak besar jugak jenama motorola, aku pun tak berani pegang, sebab takut rosak :P :P :P
rumah kitorang memang bersepah! sangat. dinding kat rumah tu penuh dengan contengan, tapi oleh sebab masa tu kecik lagi, jadi contengan tu setakat ketinggian kami je lah! taklah sampai atas..hehehe....pastu pastu kalau kawan pa mai dekat umah , malu jugak sebab tak proper sangat keadaan dalam rumah. in fact, kerusi duduk pun tak ada. anak2 kecik lagi, tak sesuai sangat!
wah! banyaknya cerita2 lama yang aku kenangkan kat sini. nantilah pulak sambung part lain..hehe...banyak lagi benda nak kongsi ni, tpi lain kali je lah!
till then,
salam and bye bye bye
No comments:
Post a Comment