salam and hi to all,
dah TERLALU lama giler tak update blog ni, sampaikan tak sedar blogspot dah ade templates baru. agak2nya kalau lagi lama tak bukak blog ni, entah2 address blog sendiri pun tak ingat dah..ish2[geleng kepala berkali2 kat diri sendiri]
sebenarnya banyak giler benda yang aku selalu nak tulis dalam blog ni, tapi apakan daya sifat MALAS tu lebih banyak dari apa yang aku nak tulis sgt! hmmmm...mcm ni lah, bila dah mai perasaan malas tu, memang tak leh buat apa2 -.-;
habis semua resolutions yg ingat nak buat msa cuti ni, HAMPAGASSSS jee... semua tak MENJADI! nak menjadi mcm mana kalo dah asyik dlm fikiran tu kate "esok je la buat, esok je la buat" lama2 tak terbuat....haishhh mcm manalah nak maju?
banyak juga benda2 berlaku sepanjang cuti ni...hmmmm...ade yang best, ade yang tak best..tpi apapun, HAPPY jer aku rasa sepanjang cuti sem kali ni :):):):)
tapi setakat happy2 benda kecik2 je la...mcm selalu aku ckp tu, kdg2 kita tak perlukan benda yang besar nak buatkan kita rasa gembira, asalkan kita buat perkara yang kita suka dan orang lain suka, pun dah cukup untuk gembirakan dan puaskan hati kita :)
dan banyak juga perubahan pada diri ini..hehe...pertama sekali dah tentulah berat badan yang melampau2 naik seperti tayar yang dipam2..dan perubahan lain? jeng jeng jeng...nantikannnn... v^.^
baru2 ni balik kampung kat terengganu, kesian tgk tok aku yang nampak dah dia tak berapa nak sihat sgt, tak bergerak banyak.orang kata "balik budak", mcm tu la...tpi tkpe, ape2pun, aku akan cuba tolong stakat yg terdaya...tpi aku gembira sebab tok still kenal kitorang lagi, walaupun kdg2 selalu gak tersalah nama :P
oleh sebab aku ni tak berapa fhm sgt loghat tengganu tok yang agak pekat, kadang2 apa yang tok ckp tu aku anggukkan je, walaupun kadang2 die dok tunggu2 jugak aku jawab apa yang dia tanya..hehe..[mane aku tau tok tanye aku, aku ingat die dok ckp2 ngan aku :P] so moral of the story, BELAJAR2 LAH BAHASA NEGERI KELAHIRAN SENDIRI, JANGAN LEBIH2 KAN LOGHAT TEMPAT TINGGAL ANDA
ni tak, loghat kedah pekat sikit pun boleh fhm, tpi klo loghat tengganu, HAMPAGAS sungguh
gumbira hati ni boleh balik tengganu jumpa sepupu2...huhuh...seronokkkkk sgt2! klo boleh rasa mcm tak mau balik umah dah, tpi nak buat mcm mana, ada kerja yg perlu diselesaikan T_T
setiap kali aku balik kampung, memang seriusly rasa dihargai sangat2!
mana taknya, sampai2 je kat depan umah tok, pa akan bunyikan hon kete kuat2 sampai sume orang akan kuar ke pintu, then ramai2 akan jemput msuk dan amik barang2..
makanan tu toksah dok ckp la, sentiasa ada je kat atas meja..kadang2 tu dah siap2 bli satay nak bakar ramai2...BBQ la, stimbot la, kadang2 ma buat mee bandung n puding laici...yang paling best skali bila skali skala cunah n ma akan bergabung tenaga masak nasi bukhari[selalunya hari raya aidilfitri atau raya korban la]...
uisshhhh msa ni memang rasa meriah giler2...gelak2 ketawa, makan2, gelak lagi, makan lagi, sembang tu tak payah ckplah! klo boleh dari sekecik2 benda hingga ke sebesar2 benda ma nak cite kat cunah...bestfren katekan..huhuh..
apapun, aku bersyukur sangat dilahirkan dalam keluarga ni. sangat2 bersyukur! alhmadulillah :)
atas nikmat bahagia yang Kau kurniakan
atas nikmat sayang yang Kau kurniakan
atas nikmat akrab yang Kau kurniakan
atas nikmat kesihatan yang Kau kurniakan
atas nikmat SEGALA-GALANYA YA ALLAH,
syukur syukur syukur
dah panjang lah pulak post kali ni, hehe
tadi memula mcm dah takde idea, pastu tiba2 idea mencurah2 pulak. takpe, bukan slalu pun entri panjang mcm ni, kan? :P
oklah...
till then,
salam and bye bye bye bye
I LOVEEEEEEEEEEEEEEEEEEE MY FAMILY
No comments:
Post a Comment