Monday, July 25, 2011

change

salam and hi to all,

yess sebelum ni memang sangat berkobar-kobar nak membaca, tambah2 buku motivasi, tapi hampeh je. kalau dah malas tu, semua benda nak bertangguh. seriously aku sangat kena buang / kikis sikap ni. tapi, lately rasanya aku dah mula perlahan-lahan kot, sebab bila ma atau pa suruh buat apa2, akan terus buat tanpa ada alasan. compared to before, kalau ada apa2 yang ma atau pa suruh buat, mesti akan cakap "kejap lagi na buat", "hor hor nak wat la ni (tpi tak buat2 lgi) dan ayat femes kitorang adik beradik, "bo lu (short form of sabar dulu)" heeeeeeeeeeeeeee....macam mana nak jadi anak yang solehah mcm ni =.='

tadi entah mcm mana boleh stumble upon satu flickr orang ni, gambar2 dia biasa saje tapi caption2 yang dia letak dekat setiap gambar tu sangat menarik minat aku. kebanyakan caption yg dia tulis tu berunsurkan islamik sedikit tapi sangat terkesan di hati aku. seronok tengok gambar sambil baca caption yang tenang dan best cmtu. tapi sayang tak banyak gambar, thus caption pun terhad.

terus tiba-tiba masuk mood nak berubah ke arah yang lebih baik. dan aku rasa untuk berubah ni, kita tak boleh terlalu drastik. mind you, ini bukan nak defend diri ke apa ke, tapi kalau kita berubah terlalu drastik untuk menjadi baik, besar kemungkinan ia hanya untuk jangka masa yang singkat. pada aku lebih baik berubah perlahan-lahan tapi maintain. berubah sedikit demi sedikit ke arah benda yang baik dan berterusan. cara macam ni lebih bagus.

masa zaman aku baru je masuk alam universiti(pendidikan tinggi), aku pernah buat perubahan yang agak drastik dan seperti yang aku mention di atas ni, perubahan tu hanya untuk jangka masa yang singkat saja. satu lagi, aku berubah supaya diterima di kalangan kawan-kawan dan untuk masuk "line" macam kawan2 aku yang lain, aku fikir aku kena ubah diri aku. jadinya, kehendak dan niat nak berubah tu tak berapa nak ikhlas mana, sebab tu sekejap je perubahan tu. last2 aku kembali jadi diri aku yang sebenar.

nak berubah ni, yang penting bahagian dalaman dahulu yang perlu diubah dan ditukar. luaran hanya sekadar pandangan manusia sahaja. apa yang penting, dalaman perlu besih dan suci. dan untuk buat penyucian ni, hati kita kena bersih, kena buang segala sikap2 dan sifat2 yang Allah tak suka dan orang lain benci. ini perkara yang kena jaga dan buat dulu sebelum nak ubah benda2 lain.

bila hati dan bersih dan dah buat penyucian, senang saja kita nak terima perubahan dan kekalkan benda yang baik macam tu. sekaligus, benda2 lain akan terpancar dari situ.

well, nak hidup ni kena ada tujuan kan, kalau tanpa tujuan, tak bermakna lah hidup kita. dan kita hidup ni adalah untuk the world hereafter, mcm org kata kejar akhirat, dunia dapat free sahaja. yang mana kita mahukan?

semenajk dah reti letak gambar kat entri2, aku saje2 google cari gambar yang berkaitan change ni dan tiba2 terjumpa diagram ni, bila difikir-fikirkan mcm sangat betul dan kena pada diri aku.
oklah, sampai sini dulu lah ye. jumpa lagi lain kali.
till then, salam and bye bye bye

No comments: