Tuesday, July 19, 2011

life support system

salam and hi to all,

ni entry kedua aku tulis malam ni (or should i say pagi , ok whatever lah lina). hopefully this one piece can neutralize my negative-thought-provoking mind towards a positive-desirable-heart-and-mind.

sebenarnya entry ni dah aku tulis sebelum2 ni lagi, tapi saje peram dalam draft sebab tak tahu kenapa, jangan ditanya :D

so, oleh sebab aku rasa agak down sejak beberapa hari ni, jadi aku nak publishkan entry ni untuk positifkan diri aku sendiri. tapi, mana tahu yang TERbaca atau TERjumpa blog ini secara tak sengaja, nak baca pun boleh. takde salahnya, lagipun aku hanya berkongsi apa yang aku dah belajar dan tahu. dan ayat cliche nya, sharing is caring :)

sebelum tu, tahu tak gambar di bawah ni represent apa? abaikan yang tak berkenaan, tgk yg jelas dan nyata saja. mesti tahu kan?


credit picture to mr google, never turn us down :P

so itulah life support system. pada aku maksud 3 perkataan ni merujuk kepada satu alat/ mesin ciptaan manusia yang agak 'ajaib' sebab ia membantu 'memberikan' / 'meminjamkan' nyawa kepada pesakit yang nazak. dalam Bahasa Melayu kita panggil sistem bantuan hayat (err betul ke term aku ni?)

mesin/ sistem/ alat ini membantu 'mempreserve' (sorry, can't find suitable word in malay to describe it) hayat pesakit yang mana body system mereka sudah tidak berdaya untuk bernafas secara normal. senang crite, wikipedia cakap

Life support is a set of therapies for preserving a patient's life when essential body systems are not functioning sufficiently to sustain life.
(kopi dan pasta sejibik-sejibik)

dan setakat kefahaman aku, kebanyakan pesakit yang gunakan alat bantuan hayat ni adalah mereka2 yang tidak dapat diselamatkan lagi (maksudnya memang sudah tiba masa kembali kepada ALLAH). jadi mesin ini akan "meminjamkan" nyawa kepada mereka supaya keluarga terdekat dapat melihat buat kali terakhir.
(disclaimer: setakat kefahaman dan logik akal aku sahaja, kalau salah, sila betulkan)

sebenarnya banyak juga isu berkaitan mesin/ alat/ sistem ni, salah satunya mercy killing atau euthanasia, apakah itu? nak tahu, bolehlah tanya mr google :)

alat ni akan jadi sangat penting kepada pesakit untuk bernyawa sebab bila dicabut saja dari mereka, maka mereka akan meninggal/ mati.

ok. now dah jelas kan pasal maksud benda ni. so skrang ni, aku nak kaitkan dengan ALLAH.

aku boleh anggap ALLAH ni macam life support system manusia. kenapa? sebab kalau tiada kuasa ALLAH, kita tak akan hidup pun. kita tak daya nak hidup sebab apalah sangat kita makhluk ciptaan ALLAH ni, kalau Dzat Allah tak duduk atas kita, kita mati. segala apa yang kita buat ni adalah disebabkan Allah, jadi jangan nak ambil kredit atas apa yang bukan kepunyaan kita pun.

salah satu cara nak rasa kehadiran Allah adalah melalui nikmat hidup yang Dia bagi kat kita. kalau Allah = life support system kita tiada, maka kita akan mati. sepatutnya keimanan kita harus lebih meningkat dan meningkat, ibarat macam titik titik, sepatutnya titik titik itu membentuk satu garisan lurus yang tak berkesudahan, same thing should be applied here. keyakinan dan keimanan kita terhadap Allah harus seperti garisan yang tidak habis habis yang mana kita akan terus maju ke depan dan depan lagi.


tapi sebaliknya, kita ibarat lampu yang berkelip-kelip. sekejap nyala, sekejap lagi tak nyala. sebab hati kita berbolak-balik. payah rupanya nak maintain hati supaya tetap sentiasa dan lampu2 tu semua perlu dalam keadaan yang menyala semuanya. tapi, payah kan? hmmm...

oklah, harap2 apa yang aku cuba sampaikan dapat difahami oleh sesiapa sahaja who happen to 'bloghop', 'blogwalk' or anything u call them.

till them, salam and bye bye


note yang tak penting pun: cey cey cey dah pandai letak gambar dalam entry nampak...hihihihi

No comments: