sebenarnya aku dah pernah post entry dengan tajuk yang sama cuma kali ni nak tambah sikit kepada apa yang aku pernah tulis dulu. biasalah, kadang2 idea menulis tu tiba2 datang, dan tergerak pulak hati nak tambah sikit2 isi kat post ni.
ni entry yg dulu, aku tak reti nak buat link ke entry ni, so nk senang aku copy and paste je sebahagian yg pernah aku tulis dulu yang aku italic kan dan tukar warna jdi warna kuning ( dlm kes ni, dibenarkan untk copy paste sebab aku yg tulis kan :P)
semua orang ada nilai masing2, semua orang ada "harga" masing2
tak ada seorang pun dalam dunia ni yang tak berharga atau tak berguna sejak lahir
ALLAH tak akan ciptakan umat manusia tanpa tujuan
mesti ada tujuan setiap orang diciptakanNYA, cuma kita je yang tak tahu :)
kawan aku pernah kata, "kita tak boleh pandang rendah pada orang, takut2 dia lebih mulia daripada kita"
dan aku rasa memang betul.
sebab setiap orang ada nilai diri masing2, ada harga diri masing2.
siapa kita nak nilaikan "harga" orang lain?
sedangkan ALLAH pun tak beza-bezakan hambaNya
inikan pula kita, manusia yang tak punya apa2.
kadang2 aku rasakan, bila kita "lebih" dalam sesuatu benda tu, kita akan cenderung untuk pandang rendah atau meletakkan nilai pada seseorang tu.
dan benda ni jadi lebih serius kalau2 orang tu tak menepati citarasa atau piawaian kita dalam menilai orang.
aku pernah terbaca dalam buku karya dr. aidh abdullah al-qarni, tajuk dia "beginilah zaman memotivasikan kita". memang best buku tu. try lah baca [aku ada kalau nak pinjam :P]
beliau pernah tulis dalam tu, lebih kurang mcm nilah kata2nya:
"kadang2 kita merasakan bahawa dah banyak amal dan ilmu kita dapat dan kumpul, dan tanpa kita sedar, kita meremeh2kan orang lain yang tak sebanyak amalan kita, tapi tahukah kita, pada saat pertama kita terlintas fikiran seperti itu, serta merta amalan kita menjadi tidak sebanyak orang yang kita remehkan tadi"
[beliau tak tulis mcm ni sebijik2, tpi aku ringkaskan mcm ni ikut kefahaman aku]
aku nak cari apa yang beliau tulis tapi tak jumpa :P
aku pernah terbaca beberapa komen di di facebook yg berbincang pasal satu isu ni. agak menarik isu tu bagi aku, dan komen2 yg diberikan juga sangat menarik dan ada juga yang aku setuju dan kurang setuju ( aku tak boleh nak katakan betul atau salah, sebab benda ni subjektif) pendapat orang berbeza-beza atas justification masing-masing.
dan bila membaca komen2 tu semua, aku rasa agak penting untuk berlaku adil kepada semua untuk tidak sentuh hal2 yang sensitif (well, korang pun mesti tahu kan?) mcm agama, gender, SES, tahap pendidikan, rupa paras etc supaya semua takde kes condemn mengondemn (ade ke word ni?hehe :P)
aku rasa tak syok pulak bila kita memang betul nak bg pendapat kita pasal sesuatu benda tu, tiba2 ada yang nak kaitkan dengan hal agama, tahap pendidikan bagai . bukan apa, tak semua orang ada peluang yang sama, cuma yang membezakan adalah sikap , sama ada kita betul2 nak ambil inisiatif tambahkan ilmu kita dengan buat sedikit pembacaan berkenaan isu tersebut atau tidak. boleh jadi juga keadaan sekeliling, ambience tu. mcm mna cara kita dibesarkan itu semua berbeza, jadi kesan2 daripada benda2 ni semua yang membentuk seseorang itu.
aku tahu ramai yang nak jadi yang terbaik tapi bukan semua ada semangat betul2 nak berubah. mungkin ada tapi tak ada peluang. benda ni agak subjektif nak dicakapkan.
so, kesimpulannya,jangan letakkan nilai pada seseorang itu. tak kiralah mereka tu ada lebih ilmu atau kurang ilmu dari kita, give them respect.
because respect is gained, not given :) :) :)
ini untuk peringatan kepada diri aku jugak. I AIN'T PERFECT. tiada seorang pun manusia yang ALLAH ciptakan sempurna kerana hanya DIA yang sempurna. tapi ketidaksempurnaan kitalah yang menjadikan setiap antara kita complement each other untuk membentuk kesempurnaan itu. dan dari situlah kita nampak kesempurnaan yang ALLAH ciptakan atas setiap antara kita.
simply
"kerana diriku begitu berharga "
till then,
have a nice day everyone!
bye bye ^_^
No comments:
Post a Comment