Wednesday, November 30, 2011

perihal cuti

aku selalu teringin nak pergi berjalan-jalan dekat tempat orang (baca: melancong), sejak dari zaman sekolah rendah lagi. masa aku kecik- kecik dulu selalu berangan nak belajar kat oversea sebaba nak rasa pengalaman main salji dan buat snowman macam yang selalu tengok dalam tv.

dan bila dah besar dan semakin menginjak dewasa, aku masih lagi belum ada peluang nak pergi ke tempat orang. kecewa jugak sebab angan2 masa kecik dulu tak jadi kenyataan, tapi rasa bersyukur juga walaupun tak dapat belajar di oversea pun, at least aku dapat rasa hidup berjauhan dari keluarga.

dan bagi aku, peluang dan pengalaman timba ilmu di negeri orang selain dari kedah dan terengganu, adalah sangat berharga. sebab aku belajar banyak sangat benda2 yang indirectly dapat matangkan aku. BANYAK.

pa dan ma tak suka sangat berjalan, maksud aku melancong ke tempat orang. sebab bagi diorang berjalan macam tu lebih banyak membazir dari bagi kebaikan, sebab macam2 yang diorang kena fikir-accomodation, makan minum, belanja shopping, transport pergi balik etc. kitorang ikut aje, so the burden is not on us :D :D

atas sebab tu kot kitorang adik beradik jarang dapat berjalan-jalan walaupun kat malaysia ni sendiri. dan nasib baiklah kampung aku dekat terengganu, kalau tak lagilah tak pergi mana-mana. terperap je dekat utara ni.

pa paling tak suka pergi sesuatu tempat kalau dia tak fasih atau familiar dengan jalan-jalan kat situ. sebab dia tak suka sesat. pernah satu kali tu pergi johor untuk convo pa, kitorang tersesat jalan dan kena buat u-turn yang aku rasa paling panjang aku pernah tengok. habis semua kena marah teruk hari tu, dan buatkan mood semua orang jadi down. well, pa kan macam emo sikit dulu2, bak kata coy. tak gitu coy? :D

kitorang adik beradik banyak berjalan dengan kawan2 untuk pergi kemana-mana, maksud aku tempat selain dari utara dan timur. kalau nak pergi selatan macam melaka, johor, negeri sembilan semua tu, bertuahlah sangat kalau dapat jalan2 dengan keluarga. memang jarang sangat kecuali kalau ada event keluarga atau hal2 yang berkaitan.

satu sebab lagi, pa sangat sibuk. SANGAT. dan tuntutan waktu kerja dia yang berbeza dengan ma buatkan peluang atau hari untuk kitorang dapat berjalan-jalan satu keluarga adalah sangat jarang. kalau pa cuti, ma kerja; kalau ma cuti, pa kerja. tapi sejak akhir-akhir ni, sejak kitorang dah agak dewasa sikit, hal ni jadi makin fleksibel. pa jadi lebih kurang mudah nak ambil cuti. pa bukan jenis orang yang suka ambik kesempatan atas amanah yang orang berikan pada dia, sebab tu dia sangat susah nak ambil cuti kalau tiada hal2 penting. dia rasa keperluan untuk kerja perlu setimpal dengan nilai gaji yang dia dapat which definitely makes us have no say in this matter.

so, aktiviti kitorang adik beradik masa cuti sekolah adalah duduk di rumah dan buat apa2 saja yang kami suka- bergaduh, buat bising, pergi jalan2 kat shopping complex, makan sampai kembung perut, tido sampai puas, tengok tv sampai lebam etc. sebab tu bila buka aje cuti sekolah, automatik berat badan akan naik :D

walaupun kitorang jarang dapat peluang berjalan-jalan cuti- cuti malaysia, kitorang tetap enjoy dan SUKA berada di rumah. sebab kat rumah ni ada segalanya dan aku rasa

rumahku syurgaku :)

(Arab St. , Singapore 2011)

p/s: gambar kat atas ni masa pergi singapore last november 2011, menghadiri wedding saudara sesama islam. well, macam yang aku tulis kat atas ni, pergi dengan sepupu dan ayah sedara aje :)