Monday, February 27, 2012

langkawi in pictures

dah lama rasanya tiada entry bergambar dalam blog ni, agak boring jadi aku kongsikan beberapa gambar sepanjang menjadi warga pulau langkawi ini :D


keadaan bilik yang sangat basic dan masih lagi bersepah2 buat kerja atas lantai (disebabkan ketiadaan meja) baju pun masih lagi menghuni beg dan laptop adalah peneman setia, naseb baik ada internet :D

cikgu baru macam ni lah, banyak yang perlu dibuat dan disiapkan


bilik yang akan dihuni sehingga err aku tak tahu berapa tahun akan bisa bertahan di pulau ini


salah satu kelas di sekolah, kelas paling depan tapi antara yang terbising


funny things really made my day :D :D


OMG! new kssr syllabus teaches kids to slap their thighs? ahaks :D


tourist spot, lucky me awal2 lagi dah sampai ke sini. ada yang dah lama duduk langkawi tapi belum pernah rasai pengalaman awesome ini :D


macam bentuk apakah itu? hmmm...


jalan yang pernah digunakan untuk ke sekolah tiap2 hari. tapi sekarang tidak lagi :D


rumah 'emak angkat' aku di langkawi. rajin membela macam2 binatang


gaji tak masuk lagi, makan maggi je lah jawabnya. campur air panas saje. sedih rasa hati ni :'(


got a chance to go for a sailing with traditional yatch at royal langkawi yatch club, and spotted this interesting cruise. look at what's on this cruise?

close up sikit. it was a helicopter mind you! hahaha..i bet pa mesti suka punyalah this stuff :D

penghilang stress setiap hari, they made my day ;)

Wednesday, February 22, 2012

my life so far

dah sebulan lebih rupanya aku menghuni pulau lagenda ini. hampir-hampir tak perasan dek kesibukan tugas yang sangat banyak. dan aku semakin faham beban tugas dan kerja seorang guru, tak kira sekolah menengah atau sekolah rendah.

menengah atau rendah; aku kira kedua-duanya punyai cabaran kerja yang tersendiri, dan tak adil untuk kita banding bezakan yang mana lebih senang atau yang mana lebih berat. semuanya sama sahaja, selagi pekerjaan itu adalah pendidik.

bergelar guru sekolah rendah, bagi aku agak istimewa dan seronok. istimewa kerana berpeluang mengajar mereka-mereka ini mengenal huruf dan angka, yang menjadi asas pembacaan atau penulisan dan pengiraan. jika pincang pendidikan awal yang diterima, maka pincanglah seluruh alam pendidikan. sebabnya, mereka-mereka yang bergelar pelajar sekolah rendah kini pasti akan bergelar pelajar sekolah menengah juga. lalu jika ilmu asas itu tidak sempurna, harus bagaimana mereka boleh menghadapi zaman sekolah menengah kelak?

dan menjadi guru sekolah rendah itu sangat seronok. seronok kerana setiap hari kita akan dihidangkan dengan pelbagai ragam, kerenah dan aksi pelajar yang mencuit hati dan tidak dibuat-buat. hati mereka yang polos itu tidak mungkin akan menyimpan dendam terhadap mana-mana guru yang marah atau berleter kepada mereka. dan sebagai cikgu, akan sampai satu masa dimana kita tidak sampai hati untuk melampiaskan nafsu amarah kepada mereka.

aku rasa budak-budak kecil seperti ini punyai kecenderungan untuk melupakan sesuatu yang tidak seronok bagi mereka. kerana walau dimarah bagaimana keras sekalipun, hari esok adalah hari yang baru bermula buat mereka. semua yang berlaku kelmarin akan berlalu dan hari ini adalah hari baru buat mereka.

satu lagi plus point adalah persekitaran tempat kerja yang santai dan seronok. sungguh aku seronok berada di samping kawan-kawan sekerja yang sangat baik hati dan peramah, dan yang paling penting tidak kedekut ilmu. biasalah sebagai guru baru, pastilah banyak benda yang perlu aku pelajari dan kuasai dan pada tahap ini, aku harus selalu tebalkan muka bertanya benda-benda yang tidak aku ketahui selain harus rajin meminta tolong guru-guru lain :D

Alhamdulillah semoga ALLAH permudahkan segalanya buatku, dan semoga beroleh kemudahan dalam segala yang bakal dilakukan :)

Monday, February 20, 2012

susahnya hidup ditempat orang

it's been a while since i posted my last entry here. lots of things here and there need to be settled first and hey, i'm back!

i'm currently in langkawi, the so-called duty free island. i'm going to spend (i don't know) maybe 3-4 years here before i can ask for a transfer.

well, it's not that i don't like being here, but i guess i'm not comfortable enough in here. though the people are verryyyyyy nice and kind and helpful and good but i guess there's also other things which i can't find it here.

aku rasa susah duduk di sini, lebih susah daripada aku di kl masa awal2 dulu. tapi awas, aku bukan cuba nak bandingkan keadaan di langkawi dengan kl, ya perbezaan itu bagai langit dan bumi, kl sebuah kota yang pesat membangun dan langkawi hanyalah sebuah negeri kecil di ceruk kedah yang mana tidak punyai kemudahan yang mudah untuk pendatang baru seperti aku-aku tahu semua itu. dan aku memang tidak membandingkan kedua-duanya dari sudut ini.

apa yang aku cuba katakan adalah sepanjang sebulan berada disini, langkawi bukan sebuah tempat yang friendly, err maksud aku dari segi kemudahan transport, harga makanan dan minuman, harga barang-barang yang sekali ganda lebih mahal dari tempat lain selain ketiadaan kedai-kedai yang menjual barangan keperluan harian.

aku rasa susah nak survive di sini walaupun hakikatnya aku bergaji, kerana taraf hidup disini agak tinggi tambah-tambah pengangkutan awam. jangan mimpi nak naik teksi kalau dalam dompet kamu hanya ada rm10 kerana harga permulaan teksi adalah rm18 ke mana-mana sahaja tidak kira berapa orang. kalau naik seorang pun harga yang sama, naik ramai pun harga yang sama juga perlu dibayar. it's already fixed price, no bargain mind you. hahaha..

aku rasa susah hidup di sini dengan keadaan aku yang tak lengkap dengan apa-apa keperluan lansung! aku tak boleh buat kerja dengan cepat, kemas dan kerja aku selalu tak siap. kadang2 aku malu pada cikgu2 lama kat sekolah ni sebab aku takut mereka2 anggap aku pemalas, padahal sebenarnya aku tak punya peralatan yang cukup untuk selesaikan semua kerja itu. kerja yang dulunya boleh disiapkan dalam masa sehari boleh memcecah sampai 4-5 hari sekarang.

aku rasa susah hidup di sini sebab aku rasa susah nak bergerak. semuanya kena harapkan pada orang lain, dan jadual aku dan mereka berbeza. apa yang aku nak buat kalau tiba-tiba tengah malam perut aku lapar dan housemate aku dah tidur, pegi dapur makanan tiada sebab kat rumah ni memang tak ada dapur dan peti sejuk? hanya mampu balik bilik dan sambung tidur dan hanya makan tengahari esok di kantin sekolah.

aku rasa susah duduk disini, tambah2 bila nak balik rumah. sangat susah sebab banyak benda perlu ditempuhi terlebih dulu. jadual aku yang terpaksa mengajar sesi petang membuatkan semua benda jadi rumit dan kalut. dahlah feri sampai pukul 7 petang saja, 6.10 petang balik sekolah; kalut pula nak cari teksi yang harganya sangat mencekik darah. dan sampai di jeti belum tentu sempat dengan keadaan jalan waktu petang yang agak sesak dengan manusia balik kerja etc.

aku rasa susah hidup di sini sebab aku seorang diri! hakikat ni yang paling aku tak suka! kalau dulu semasa di kl, walaupun seorang diri aku still rasa boleh survive dan tak perlu bergantung kepada orang lain sangat, tapi sekarang aku terpaksa bergantung kepada mereka2 yang ada disekeliling, yang kadang2 sudah punya keluarga dan hal lain yang lebih penting untuk diberi perhatian selain aku. haha..aku tak tahu nak bagitahu kepada siapa lagi, sudahnya aku tulis dalam blog ni...haha

aku tahu kalau aku bagitahu mereka yang lain pun, they will NEVER know how it feels to be in my shoes. mereka takkan pernah faham keadaan aku yang susah ni, sebab mereka tak duduk dalam keadaan ini.

bukan aku tak mahu berkorban, lebih dari itu pun aku boleh buat tapi alamatnya aku akan mengorbankan diri aku sendiri jawabnya. siapa yang nak tanggung perbelanjaan harian aku kalau aku tak cukup duit? aku dah puas malu dengan cikgu2 senior yang selalu belanja aku makan, macam aku ni tak ada family lansung.




ya ALLAH, apakah ujian yang Kau berikan kepada aku?? sungguh aku rasa tak berdaya dan tak mampu menanggungnya :'(



Tuesday, February 7, 2012

hidup adalah perjuangan

di suatu sudut itu
dia termenung sendiri
memikirkan perihal macam-macam
dia masih lagi buntu dengan segala yang terbentang di depan mata
namun harus dia akui semua yang terjadi adalah benar, takdir Maha Esa.

dirasakan hidup ini kadang-kadang tidak adil
tapi menurut neraca manakah pertimbangan itu?
dia tidak tahu.
dia hanya merasainya, dan berharap agar rasa itu menjauh
kerana dia tahu segalanya adalah benar, takdir Maha Kuasa.

kehadirannya ke tanah asing ini
terkadang dirasakan seperti mimpi, mimpi yang dia sendiri tidak tahu bila akan berakhir.
namun untuk bangun dari lena yang panjang itu dirasakan agak mustahil baginya,
sekurang-kurangnya pada waktu ini.
lalu dia harus terimanya dengan redha, menyimpan rasa di sudut hati.

dia termenung lagi
bukan memikirkan perjalanan hidup bertuah itu,
tetapi perjuangan menongkah arus masa hadapan yang masih kabur,
umpama kabus di siang hari.
dia buntu dengan apa yang terhidang di depannya,
sungguh dia perlukan sesuatu untuk membantunya.

dia lihat hidup manusia yang penuh dengan aturan,
aturan yang dibuat-buat dek mengejar kemahuan dunia zaman kini.
beginikah nasibnya nanti?
dia pasrah dan berserah.