Sunday, November 14, 2010

mahalnya!

betapa mahalnya harga ujian ALLAH untuk kita, untuk DIA uji tahap keimanan kita kepadaNya.

jadi jangan ambil mudah dan ingat semua yang berlaku atas diri kita adalah ujian dari ALLAH.
belum tentu ia boleh dipanggil ujian, sebab ujian ALLAH hanya untuk hambaNya yang beriman.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

selagi belum beriman, boleh jadi apa yang kita anggapkan ujian itu sebenarnya kifarah atas dosa-dosa kita yang lalu. kifarah atas dosa yang kita buat sebagai manusia biasa.

lalu apakah pula maksud orang yang beriman?

adakah cukup sekadar melakukan apa yang disuruhNya?
adakah cukup sekadar mentaati perintah ALLAH?
adakah cukup sekadar mempercayai Rukun Iman?
adakah cukup sekadar mentaati Rukun Islam?

betapa mahalnya harga SYURGA ALLAH, masakan Dia terima amalan-amalan yang lekeh yang kita banggakan itu. checklah samada apa yang ALLAH timpakan itu adalah ujian atau hanya sekadar kifarah atas dosa-dosa kita yang lama?

saya mahukan syurga ALLAH!

Friday, November 12, 2010

there are LIMIT for everything!

salam and hi to all,

before i proceed, i just want to ask my dear readers, what is your utmost phobia?
fyi, i am afraid of snake! really really afraid of it (actually there's a story behind it, but i'm not going to talk and babble about it here)

what would you feel when somebody makes a fool out of something you afraid the most?
i can take it, maybe for few times but if it go overboard, then i'll start to feel uneasy and could become angry.

why?

because i feel that there are limit for everything.yeah, i know maybe the real intention was to tease but initially, teasing someone with things they are really afraid of, I DON'T THINK WE CAN CALL IT AN ACT OF TEASING.

as i said earlier, i can accept it for the fact that someone may wants to tease or play with me, but once you break the limit, sorry would not cure everything. i don't know why i feel really disturbed with this kind of teasing. if it is just a name-calling like "you are fat", "you are ugly","this people like you" yada yad yada, i might consider but this??????? SO SORRY, i'm not the right person to be the victim!

sometimes we are expecting people to treat us the way we treat them, but it seems like there are no mutual agreement in this kind of thing. people will somehow treat us the way they want and yeah, it's human nature :)

if we want people to respect us, then we ourself will have to respect them first, because

respect is gain, not given

  • respect in the sense of be aware and sensitive to their character, things they like, things they hate, their life etc.
  • respect in the sense of there are still barrier between we and our friend when it comes to family matters, unless they want to spill it to us, then we can make it our matters, other than that, don't bother mingling with other people's business
  • respect in the sense of everyone is free and responsible on their own opinions, we have our own says and so do they, let them voice out their views and never force them to accept ours
and lastly,
  • respect in the sense of everyone is unique in their own way, so just accept them the way they are, its normal that human are imperfect ALLAH's creation
by the way, this is just my opinion, from what i feel right now.


till then,
salam and bye bye bye

WYSIWYG

p/s: post ni dah di edit balik sebab aku baru sedar yang aku type dalam keadaan mengantuk, entah apa2 je yang aku dah tulis sblum ni

salam and hi to all,

pernah dengar tak ayat ni?

"what you see is what you get"
atau acronymnya WYSIWYG

aku selalu jumpa perkataan ni atas tudung periuk kat umah. kononnya macam nak bagitau yang produk sekian sekian adalah terbaik, sebab masakan tu akan turn out macam mana kita lihat benda tu. contoh kalau dalam periuk, sayur yang kita masak nampak segar dan warnanya still cantik lagi, so bila keluar dari periuk pun, kita akan dapat benda yang sama. persoalannya, betul ke?

oopss...sebelum tu, aku ada gak tanya mr google yang setia tu, and quite interesting jugak bila tahu yang acronym ni sebenarnya guna untuk edit2 hasil kerja kita dalam computer, dan kita akan dapat final output seperti yang kita tengok masa editing process tadi. sebab tu lah ia dikatakan "what you see during the editing process is what you will get during the final output"

ok ok berbalik pada yang atas tu, betul ke "what you see is what you get?" atau "what we see is what we get?" bila fikir2 balik macam tak je..sebabnya apa yang kita lihat tu kadang2 tak mencerminkan benda tu secara batinnya, kita hanya tengok dari sudut zahirnya saja.

kadang2 kita lihat A happy je memanjang, tak pernah nampak sedih, hidup macam tak ada masalah, tapi kita tak tahu yang A mungkin baru je lepas menangis. takkan dia nak menangis depan orang ramai atau bagitau dia baru lepas menangis.

dedolu masa aku zama muda mudi remaja, aku suka sangat perhatikan orang ramai, tambah2 kalau aku tengah tunggu bas ke, jalan kaki balik dari kelas tuisyen, tengah tunggu Ma nak ambil dari kelas tuisyen, atau even kat sekolah masa rehat. aku rasa manusia ni menarik, ada macam2 emosi dan walaupun diorang tunjukkan emosi yang sama, reaksi dan mimik muka MESTI tak akan sama!

pastu, bila dah menilik2 gelagat dorang, aku ada tendency untk wat conclusion pasal dia. pantang nampak orang cantik je, aku akan terdetik dalam hati, mesti ramai orang suka kat dia, mesti dia baik, pantang nampak orang happy je, mesti aku akan fikir dia takde masalah, happy go lucky je dia, pantang nampak orang pandai je, mesti nak fikir yang dia tak payah susah2 belajar, senang boleh score dalam exam etc etc etc

tapiiiii, tu dulu. masa zaman otak tak berkembang lagi, sekarang ni dah lain. mungkin sebab dulu tu aku tak matured sepenuhnya lagi dan tak pernah terdedah dengan persekitaran yang berbeza, jadi senang je nak judge orang sesuka hati sesedap rasa secukup gula :P

padahal ade je orang cantik yang rasa susah sebab ramai orang nak dekati dia sampai buat dia rasa rimas dan lemas,
padahal ade je orang happy yang sebenarnya lebih banyak masalah dan dia tutup dengan tayang muka happy, supaya orang lain pun happy
dan padahal ade je orang rajin yang study betul2 untuk sampai ke tahap dia ada sekarang
"bukan senang nak senang"

tapi tu lah dia, first impression tu sangat penting untuk tonjolkan diri kita yang sebenarnya. orang akan judge kita based on apa yang dorang tengok masa first time tu. tapi selalu je aku tersalah teknik. aku selalu rasa takpe kot awal2 orang kenal, tak perlulah nak baik sangat, nnti lama2 dorang dah kenal kita macam mana, nampaklah true colours tu. tapi, adalah sedikit tersasar aku punya pemikiran mcm tu. people tend to judge kita through the very first time they met us, so kalau first impression dah gred B, payah jugak lah nak tukar ke gred A unless ada sumthing yang boleh buat orang tu satisfy dengan kita.

hmmmm oklah, need to pen down now

till then,
salam and bye bye

nota kaki: dah lama rasanya tak menulis macam ni.

Thursday, November 11, 2010

ini adalah post random

salam and hi to all,

november dah menjengah lebih kurang 10 hari, dan barulah aku terperasan yang oktober dah lama tinggalkan kita. sedar tak sedar dah nak dekat sebulan aku mula bercuti lepas habis praktikum hari tu.

sekejap je masa berlalu dan sejak start cuti tu, aku rasa hidup ni tak produktif sangatlah. tidur-makan-tengok tv-kuar jenjalan ------> tu je la kerja aku sejak bercuti ni. teringing jugak nak kerja, tapi apakan daya, takde sapa pun yang macam menyokong aku kerja.bila dah jadi macam tu, lagilah semangat nak kerja tu merudum dan merudum dan merudum. last-last, here i am, doing the same things every day...kadang2 naik bosan jugak, sebab tu aku kena fikirkan nak buat apa lepas ni, supaya masa yang ada tak terbuang macam tu je

ada jugak terfikir nak buat kelas intensif bahasa inggeris dengan kawan2 adik aku, tu pun masih dalam perancangan. semoga ada sambutan, sambil2 tu boleh jugak ajar adik aku yang bakal ambil PMR next year. aku pun dah start merangka2 nak buat apa dengan diorang tu. maybe akan masukkan jugak kot intensive class untuk spoken english. semoga ALLAH permudah semuanya :)

sementara masih cuti panjang ni, elok jugak kalau aku start balik menulis dengan serius. jangan main-main dah. buat sikit2 lama2 jadi bukit. tapi, maybe projek ni perlukan banyak kesabaran dan pemikiran kot. mana boleh pakat main tulis je, kalau takde isi dan materials (chewah! mcm penulis terkenal la pulak :P)

so, sekarang ni, resolutions untuk cuti yang masih berbaki lebih kurang 2 bulan lagi ni:

1. start blogging dengan aktif-at least 1 post a day
2. start menulis dengan SERIUS!
3. think think think and think- benda yang ada faedah dan ada isi
4. kumpul dan download kertas2 soalan english PMR
5. cari balik buku grammar dan kamus yang aku buat masa sekolah dedolu
6. fikirkan nak ajar apa dekat budak2
7. habiskan stok2 novel yang bertimbun2
8. beli novel banyak2 sementara masih ada peluang :P
9. maintain dan kalau boleh turunkan lagi body weight :P (errr...ni tak termasuk kot)

haaaaaa....amik kau! 9 tu, tapi macam entah apa2 je. aaah! biarkan, yang penting aku ada tujuan nak dicapai. bila dah hbis nanti, kena cross out benda2 yang dah tertunai tu

oklah bye bye
(aku mengantuk sebenarnya)

Saturday, November 6, 2010

there's always a rainbow after the rain 2

it's been almost 2 weeks since happiness knock on our door.
and now, ALHAMDULILLAH, everything seems quite lively and happy again :)

masa awal2 tu semuanya seakan2 sedih dengan keadaan Pa.macam2 kemungkinan yang aku fikir. aku takut kalau2 kaki Pa kena potong, macam mana keadaan keluarga kitorang? walaupun semuanya dah besar2 (setakat ni tak ada yang sekolah rendah), tapi takkan nak harapkan Ma je...kesian jugak dekat Ma. tapi macam orang kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, betapa berat aku fikirkan pasal kemungkinan segalanya tu, aku tahu Pa yang menanggungnya lagilah terasa.

kadang2 aku tengok Pa macam cuba nak sembunyikan bimbang dia dari kitorang. masa nak cuci luka dia, aku akan wat dengan berhati-hati dan paling slow sebab aku takut Pa rasa sakit. tapi, Pa selalu kata;
"takpe Na, Pa tak sakit pun. tak rasa sakit langsung. cuma nampak luka saja"

mula2 aku tak percaya jugak, aku ingat Pa tak mau tunjukkan sakit dia depan kitorang tapi bila aku tanya dia setiap kali nak dressing luka tu, dia tetap bagitau benda yang sama. aku tahu, Pa takkan tipu kitorang. dia akan bagitau kalau dia rasa sakit. sampai dia kata;
"kalau Pa sakit, Pa akan bagitau. jangan risau"

hanya ALLAH je yang tahu macam mana perasaan kitorang sekeluarga. semuanya takut tapi pada masa yang sama, kitorang kena berfikiran positive sebab tak mau Pa jadi lagi psycho. cukup2 lah dengan doktor2 tu, tak payah kitorang pulak tambahkan kebimbangan Pa. dia dah cukup derita menanggung sakit tu, takkan nak ditambah lagi tanggungan Pa.

sepanjang Pa cuti dan duduk di rumah, dia banyak perhatikan keadaan rumah yang sebenar. macam mana keadaannya masa Pa tengah sibuk bekerja dan kitorang cuti. kalau dulu, sebelum Pa sakit, payah sangat nak tengok muka dia kat rumah kecuali Ahad, tu pun sebab dia cuti, kalau tak, malam je lah boleh jumpa. aku selalu rasa pelik kalau Pa ada kat rumah sebelum ni, tapi sekarang rasa macam dah biasa bila Pa ada kat rumah. kitorang sembang macam2 benda.

pernah hari tu Cunah(adik Pa) call, dan Pa bagitau Cunah yang dia rasa respek dan hormat pada orang perempuan yang boleh uruskan rumah tangga tanpa mengeluh atau complaint apa2. dia rasa respek sebab perempuan boleh uruskan dan habiskan kerja rumah yang tak akan pernah habis. bila aku dengar Pa cakap macam tu dengan Cunah, aku rasa bangga pun ada sebab Pa jarang puji benda2 macam ni kecuali kalau dia betul2 maksudkannya.

dan sampai ke hari ni, ALHAMDULILLAH berkat sokongan keluarga dan semangat Pa sendiri yang nak sembuh, luka tu makin baik tapi mungkin perlu beberapa hari lagi sebelum Pa betul2 recover to its original condition.

********************************************************

sesungguhnya benda yang berlaku ni membuatkan aku rasa sangat bersyukur.
kalau ALLAH nak bagi sakit, bila2 masa pun Dia boleh bagi
dan
kalau ALLAH nak bagi sembuh, bila2 masa pun Dia boleh bagi sembuh.
itulah kebesaran ALLAH.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
(Ar-Rahman)

Pa selalu rujuk pada ayat ni masa dia sakit. sebab dia tahu, sakit ni hanyalah ujian ALLAH buat dirinya. sebab tu Pa jadi kuat :)

aku pun sepatutnya didik diri aku untuk terima sahaja ujian dan ketentuan ALLAH. serah segalanya kepada ALLAH bulat2, aku tiada kuasa nak menolak atau terima apa2 pun. semoga aku juga jadi kuat, macam Pa

:)

Friday, November 5, 2010

there's always a rainbow after the rain

oh how i miss blogging!

ALHAMDULILLAH, all praises are due to ALLAH, the Great.
syukur kaki Pa dah semakin sembuh, berbanding dengan sebelum ni. lukanya tak lah seteruk mana, tapi sebab ia berkait dengan diabetes, jadi tempoh luka nak sembuh agak memakan masa sikit.

masa Pa sakit-sakit macam ni, Alhamdulillah aku dah start cuti, kalau tidak susah jugak Ma nak uruskan semua. at least aku dapat ringankan beban Ma, dengan jadi matron peribadi Pa. hahahaha..aku lah yang wat semuanya, check glucose level Pa setiap pagi, serve makanan, dressing luka, serve ubat etc. bukan nak riak ke apa ke, tapi aku syukuuurrrrrrrrrrr sangatx100 dapat take part masa Pa susah-susah mcm ni. aku kan blajar jauh juga (walaupun bukan di obersea, tapi payah nak balik unless ada emergency sangat2) so bila time2 mcm ni lah nak amik peluang berbakti pada orang tua :)

masa mula2 Pa gtau kata dia sakit kaki, aku ingatkan sakit biasa2 je, taklah teruk mana pun, tapi bila tengok sendiri keadaan kaki Pa, reaction aku mula2 tu memang unimaginable sangat. aku TERKEJUT giler! yelah, tak sangka teruk macam tu, sampai kaki tu bengkak walhal luka kecik sangat. tapi kalau dah nama ada diabetes tu, luka lah sebesar mana pun, tetap akan ambil masa nak sembuh.

mula2 tu jugak Pa bgtau ada doktor tu cakap dia kena Gout. kitorang sekeluarga terkejut sangat2. aku pun google and cari pasal penyakit ni, gambar2 yang berkaitan, punca2, cara rawatan, pantang etc. then, pegi rujuk pada doktor lain, dia cakap diabetes saje, bukan gout. stress level kat rumah dah turun sikit, pastu naik balik bila doktor tu cuba nak psycho Pa dengan bagitau mcm2 yang tak masuk akal, possibilities nya kuman akan masuk ke tulang, kena potong kaki yada yada yada. lagilah Pa tension, walaupun dia tak tunjuk tapi aku tahu dia cuba nak sembunyikan. nampaklah setiap hari dia belek2 luka dia, belek2 kaki dia. kesiaann aku rasa tengok Pa mcm tu.

lama kelamaan, aku tengok Pa makin okey dan relax sikit walaupun luka nampak mcm lambat sikit nak sembuh. at least, bila sakit2 mcm ni, dia duduk rumah dan boleh nmpak sendiri keadaan di rumah macam mana. sebelum ni asyik sibuk je keja, tak cukup tido, penat so inilah masanya Pa nak rehat cukup2 sampaikan Pa kata dia dah puas tido dan puas berehat. ikutkan hati Pa, minggu kedua tu dia dah nak pegi keja....ish ish ish Pa ni la

currently, syukur Alhamdulillah kaki Pa semakin sembuh, aku tahu semangat Pa kuat, dia tahan segalanya. dan betullah janji Allah, Dia sentiasa ada masa kita perlukanNya dan kalau kita mohon kepadaNya

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
(Ali Imran,173)