Sunday, January 18, 2009

gencatan senjata oleh ISRAEL

ALHAMDULILLAH .....syukur nikmat ALLAH MAHA BESAR...salam...sebenarnya aku merujuk kepada tindakan Israel yang setuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama 10 hari, maksudnya mereka tidak akan membedil Palestin selama 10 hari, walaupun begitu, tentera mereka tetap diletakkan untuk mengawasi Semenanjung Gaza

Gencatan senjata Israel
Zionis enggan undur tentera TEL AVIV
Israel bersiap sedia untuk melaksanakan gencatan senjata sebelah pihak tetapi menegaskan tidak akan berundur dari Semenanjung Gaza selepas 22 hari membedil wilayah Palestin dan membunuh 1,199 orang, termasuk 410 kanak-kanak serta mencederakan 5,300 orang. Bagaimanapun Hamas yang menguasai Gaza, menegaskan kumpulan itu akan terus menyerang Israel selagi tentera rejim Zionis itu meneruskan pencerobohan di wilayah Palestin.

Hasrat Tel Aviv itu dibuat selepas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat kelmarin bersetuju mendesak pelaksanaan gencatan senjata segera dan berpanjangan serta pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza.

Bagaimanapun, badan dunia itu menolak deraf lebih keras terhadap rejim Zionis berkenaan yang dikemukakan sebilangan negara termasuk Malaysia, Indonesia, Ecuador, Venezuela, Iran, Syria dan Nicaragua. Kabinet Keselamatan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert mengadakan mesyuarat lewat petang semalam berhubung gencatan senjata yang dicadangkan Mesir.
(dimana peranan PBB sebagai pertubuhan yang menjaga kebajikan dunia yang kononnya lantang memperjuangkan hak asasi manusia dan pejuang keaman??)
Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.[sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/PBB]


Mengikut gencatan senjata itu, Israel merancang menghentikan bedilan selama 10 hari tetapi mengekalkan kehadiran tenteranya di Gaza. Pintu masuk ke wilayah itu yang bersempadan dengan wilayah dicerobohi Israel dan Mesir akan terus ditutup sehingga peraturan keselamatan diwujudkan atas alasan mahu menghalang penyeludupan senjata ke Gaza. Mesir yang dibantu pasukan keselamatan antarabangsa juga akan menutup semula laluan penyeludupan senjata dan memulakan rundingan membuka pintu masuk pada masa yang akan ditentukan kemudian.

Radio Israel melaporkan, sidang kemuncak gencatan senjata yang akan diadakan di Kaherah hari ini akan dihadiri Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan pemimpin Israel.

Sementara itu, pegawai Hamas Osama Hemdan berkata kumpulan itu akan terus memerangi tentera Israel selagi ia tidak berundur. "Kami tidak melihat mereka akan berundur di bawah gencatan senjata sebelah pihak ini. "Selagi ia kekal di Gaza, pemberontakan dan serangan kami akan diteruskan," katanya. Dalam pertempuran semalam Israel meneruskan serangannya ke atas Gaza, termasuk membedil sebuah sekolah PBB yang meragut nyawa dua kanak-kanak lelaki.
[sumber:http://www.bharian.com.my/Sunday/BeritaUtama/20090118015055/Article/index_html]

Walaupun hanya 10 hari, tapi bagi aku, tindakan dorang hentikan serangan tu at least meringankan beban segelintir rakyat Palestin, walau bukan semua..at least, angka korban dapat lagi dikawal dan ramai yang masih ada masa untuk berbuat sesuatu...

Doa kita mungkin telah diterima ALLAh...ya ALLAH MAHA BESAR....Dia yang berkuasa atas segala-galanya..kerana semua ini kepunyaan Dia..kita ni hanya sekadar pinjaman duniawi...jadi jgnlah terlalu mengagung2kan dunia lebih dari segala2nya...tak kemana pun kita....


hmmm...aku kira, sampai sini sahaja yang dpt aku tuliskan buat masa ni...jumpa lagi lain kali...till then, byee and salam...=)

kehidupan

salam...setelah beberapa lama aku tinggalkan blog ni unattended, aku rase rindu nak coret2 something...lagipun, better for me to finish up things i've started...cm blog ni..buat ape aku create blog ni kalau aku nk tinggalkan ia tanpa new entries.uuurmmm...ape nk coret eh? let's talk about life then. there are so many things happened lately-my personal life, my social life and lastly the world.

serangan di gaza oleh israel sgt2 meruntun hati nuraniku..walaupun aku ni bukanlah seorang yang ambil tahu keadaan di dunia luar, but this time around, i feel HURT in the name of MUSLIM! mereka tu adalah saudara seagama dganku, patutkah jika aku biarkan sahaja mereka mencaul kedamaian saudara aku...kadang2 aku cuba letakkan diri aku dlm situasi di sana, mayat2 bergelimpangan, percikan darah di merata2 tmpat, runtuhan bangunan, malah kalau nk difikirkan, aku rasa tiada satu tempat pun yang boleh dianggap selamat di sana...bukan sahaja nk letakkan situasi dlm keadaan mereka tapi nak fikir secara lebih mendalam pun aku tak sanggup..

masakan boleh, kalau aku ini yang tgk kemalangan kecil pun boleh fobia sehingga berhari2, inikan pula mayat2 bergelimpangan

masakan boleh, kalau aku ini yang tgk darah mengalir dari luka pun boleh menangis, inikan pula percikan darah di merata2 tempat

masakan boleh, kalau aku ini yang tgk tsunami dan gempa bumi pun boleh bergetar lutut dan dada, inikan pula runtuhan di sana sini

masakan boleh, kalau aku ini yang hendak keluar rumah pun berjaga2 atas alasan luar itu bahaya, inikan pula semua tempat adalah tidak selamat


betapa mahalnya harga sebuah kebebasan dan harga sebuah kehidupan bagi mereka
sedangkan kita disini yang hidupnya harmoni, masih hendak dikacau lagi dgn masalah yang sengaja direka sendiri

aku yakin
walaupun mereka2 itu tidak bahagia dan aman,
walaupun mereka2 itu menagis siang dan malam
walaupun mereka2 itu menahan sakit akibat peperangan
walaupun mereka2 itu tidak cukup makanan
tapi
mereka bahagia disana yang lebih abadi
mereka aman disana yang lebih sejati
mereka harmoni disana yang lebih tinggi

SO
value your life before it is too late!
hargai kehidupan ini sebelum ianya terlamabat!
mcm2 benda oleh berlaku tanpa kita sedari pun..
sebab itu ada pepatah kata hidup ini bagaikan roda
sekejap kita diatas
sekejap kita di bawah
jadi
jgn sombong bila kita diatas
jgn kecewa bila kita dibawah
mesti ada hikmahnya atas semua yang berlaku
things happen for a reason
it is just that we don't know what the reason is

sebenarnya tajuk yang aku nak highlightkan kat sini bukan pasal serangan di gaza or hidup aku but let's talk about life...
like i said before, hidup bagaikan roda
semua akan merasa berada di bawah dan semua akan merasa berada diatas
cuma , yang bezanya bilakah waktu itu?

aku dah pernah merasai berada di bawah dan aku tahu bagaimana rasanya perit itu
bila kita tak ada duit
bila kita gagal
bila kita dibenci orang
bila kita berbuat salah
semuanya sudah aku rasa
dan ini mendewasakan aku sebenarnya untuk lebih sabar dalam face the challenges in life. tanpa semua pengalaman ini, tak mungkin aku boleh faham perasan orang lain dan SYUKUR dgn apa yang aku ada
dulu2 aku pernah rasa down sebab aku rasa hidup ini tak fair bagi aku
(kenapa aku ckp tak fair bgi aku, biarlah hanya aku yang tahu)
but, as time goes by, i realized that if that *incident* doesnt happen, tak mungkin aku akan jadi mcm aku sekarang

lastly, aku juz nk bgitau yang hidup ini adalah bagaimana kita hidupkannya
life is how we live it
bagaimana kita mencoraknya, begitulah ia akan jadi
bagaimana kita melaluinya, begitulah ia akan dirasai
bagaimana kita lihatnya, begitulah ia pada kita

hmmm...aku rasa nak stop dulu disini...lain masa jumpa lagi..salam