Tuesday, July 26, 2011

wajah baru lagi

salam and hi to all,

aku saje-saje tukar design and background picture untuk blog ni sebab macam dah agak bosan dengan layout yang lama tu. biasalah aku ni cepat sikit bosan kalau asyik tengok benda yang sama saja. so, dengan itu aku membuat keputusan untuk tukar. hopefully layout yang baru ni boleh bertahan lama skit *biasanya lepas buat blogwalking , keinginan nak tukar design and layout blog semakin memuncak bila tengok blog orang lain cantik menarik tertarik *

baru semalam wat entry change, hari ni dah tukar layout blog. bagus first step dah tu untuk berubah..hehe *ye lah sangat, setakat tukar benda alah ni, bile2 je leh wat, takyah tunggu datang seru ke apa*
hmmm...agak lama dah kot tak berkarya. taklah berbakat dan kreatif mana pun, boleh lah setakat nak puaskan hati sendiri. takpelah nanti nak start balik lah benda yang lama aku tinggalkan.

oklah, till then
jumpa lagi and salam :)

p/s: gambar ni tak berkaitan pun dengan entry, saje saje nak letak :P

Monday, July 25, 2011

change

salam and hi to all,

yess sebelum ni memang sangat berkobar-kobar nak membaca, tambah2 buku motivasi, tapi hampeh je. kalau dah malas tu, semua benda nak bertangguh. seriously aku sangat kena buang / kikis sikap ni. tapi, lately rasanya aku dah mula perlahan-lahan kot, sebab bila ma atau pa suruh buat apa2, akan terus buat tanpa ada alasan. compared to before, kalau ada apa2 yang ma atau pa suruh buat, mesti akan cakap "kejap lagi na buat", "hor hor nak wat la ni (tpi tak buat2 lgi) dan ayat femes kitorang adik beradik, "bo lu (short form of sabar dulu)" heeeeeeeeeeeeeee....macam mana nak jadi anak yang solehah mcm ni =.='

tadi entah mcm mana boleh stumble upon satu flickr orang ni, gambar2 dia biasa saje tapi caption2 yang dia letak dekat setiap gambar tu sangat menarik minat aku. kebanyakan caption yg dia tulis tu berunsurkan islamik sedikit tapi sangat terkesan di hati aku. seronok tengok gambar sambil baca caption yang tenang dan best cmtu. tapi sayang tak banyak gambar, thus caption pun terhad.

terus tiba-tiba masuk mood nak berubah ke arah yang lebih baik. dan aku rasa untuk berubah ni, kita tak boleh terlalu drastik. mind you, ini bukan nak defend diri ke apa ke, tapi kalau kita berubah terlalu drastik untuk menjadi baik, besar kemungkinan ia hanya untuk jangka masa yang singkat. pada aku lebih baik berubah perlahan-lahan tapi maintain. berubah sedikit demi sedikit ke arah benda yang baik dan berterusan. cara macam ni lebih bagus.

masa zaman aku baru je masuk alam universiti(pendidikan tinggi), aku pernah buat perubahan yang agak drastik dan seperti yang aku mention di atas ni, perubahan tu hanya untuk jangka masa yang singkat saja. satu lagi, aku berubah supaya diterima di kalangan kawan-kawan dan untuk masuk "line" macam kawan2 aku yang lain, aku fikir aku kena ubah diri aku. jadinya, kehendak dan niat nak berubah tu tak berapa nak ikhlas mana, sebab tu sekejap je perubahan tu. last2 aku kembali jadi diri aku yang sebenar.

nak berubah ni, yang penting bahagian dalaman dahulu yang perlu diubah dan ditukar. luaran hanya sekadar pandangan manusia sahaja. apa yang penting, dalaman perlu besih dan suci. dan untuk buat penyucian ni, hati kita kena bersih, kena buang segala sikap2 dan sifat2 yang Allah tak suka dan orang lain benci. ini perkara yang kena jaga dan buat dulu sebelum nak ubah benda2 lain.

bila hati dan bersih dan dah buat penyucian, senang saja kita nak terima perubahan dan kekalkan benda yang baik macam tu. sekaligus, benda2 lain akan terpancar dari situ.

well, nak hidup ni kena ada tujuan kan, kalau tanpa tujuan, tak bermakna lah hidup kita. dan kita hidup ni adalah untuk the world hereafter, mcm org kata kejar akhirat, dunia dapat free sahaja. yang mana kita mahukan?

semenajk dah reti letak gambar kat entri2, aku saje2 google cari gambar yang berkaitan change ni dan tiba2 terjumpa diagram ni, bila difikir-fikirkan mcm sangat betul dan kena pada diri aku.
oklah, sampai sini dulu lah ye. jumpa lagi lain kali.
till then, salam and bye bye bye

Tuesday, July 19, 2011

life support system

salam and hi to all,

ni entry kedua aku tulis malam ni (or should i say pagi , ok whatever lah lina). hopefully this one piece can neutralize my negative-thought-provoking mind towards a positive-desirable-heart-and-mind.

sebenarnya entry ni dah aku tulis sebelum2 ni lagi, tapi saje peram dalam draft sebab tak tahu kenapa, jangan ditanya :D

so, oleh sebab aku rasa agak down sejak beberapa hari ni, jadi aku nak publishkan entry ni untuk positifkan diri aku sendiri. tapi, mana tahu yang TERbaca atau TERjumpa blog ini secara tak sengaja, nak baca pun boleh. takde salahnya, lagipun aku hanya berkongsi apa yang aku dah belajar dan tahu. dan ayat cliche nya, sharing is caring :)

sebelum tu, tahu tak gambar di bawah ni represent apa? abaikan yang tak berkenaan, tgk yg jelas dan nyata saja. mesti tahu kan?


credit picture to mr google, never turn us down :P

so itulah life support system. pada aku maksud 3 perkataan ni merujuk kepada satu alat/ mesin ciptaan manusia yang agak 'ajaib' sebab ia membantu 'memberikan' / 'meminjamkan' nyawa kepada pesakit yang nazak. dalam Bahasa Melayu kita panggil sistem bantuan hayat (err betul ke term aku ni?)

mesin/ sistem/ alat ini membantu 'mempreserve' (sorry, can't find suitable word in malay to describe it) hayat pesakit yang mana body system mereka sudah tidak berdaya untuk bernafas secara normal. senang crite, wikipedia cakap

Life support is a set of therapies for preserving a patient's life when essential body systems are not functioning sufficiently to sustain life.
(kopi dan pasta sejibik-sejibik)

dan setakat kefahaman aku, kebanyakan pesakit yang gunakan alat bantuan hayat ni adalah mereka2 yang tidak dapat diselamatkan lagi (maksudnya memang sudah tiba masa kembali kepada ALLAH). jadi mesin ini akan "meminjamkan" nyawa kepada mereka supaya keluarga terdekat dapat melihat buat kali terakhir.
(disclaimer: setakat kefahaman dan logik akal aku sahaja, kalau salah, sila betulkan)

sebenarnya banyak juga isu berkaitan mesin/ alat/ sistem ni, salah satunya mercy killing atau euthanasia, apakah itu? nak tahu, bolehlah tanya mr google :)

alat ni akan jadi sangat penting kepada pesakit untuk bernyawa sebab bila dicabut saja dari mereka, maka mereka akan meninggal/ mati.

ok. now dah jelas kan pasal maksud benda ni. so skrang ni, aku nak kaitkan dengan ALLAH.

aku boleh anggap ALLAH ni macam life support system manusia. kenapa? sebab kalau tiada kuasa ALLAH, kita tak akan hidup pun. kita tak daya nak hidup sebab apalah sangat kita makhluk ciptaan ALLAH ni, kalau Dzat Allah tak duduk atas kita, kita mati. segala apa yang kita buat ni adalah disebabkan Allah, jadi jangan nak ambil kredit atas apa yang bukan kepunyaan kita pun.

salah satu cara nak rasa kehadiran Allah adalah melalui nikmat hidup yang Dia bagi kat kita. kalau Allah = life support system kita tiada, maka kita akan mati. sepatutnya keimanan kita harus lebih meningkat dan meningkat, ibarat macam titik titik, sepatutnya titik titik itu membentuk satu garisan lurus yang tak berkesudahan, same thing should be applied here. keyakinan dan keimanan kita terhadap Allah harus seperti garisan yang tidak habis habis yang mana kita akan terus maju ke depan dan depan lagi.


tapi sebaliknya, kita ibarat lampu yang berkelip-kelip. sekejap nyala, sekejap lagi tak nyala. sebab hati kita berbolak-balik. payah rupanya nak maintain hati supaya tetap sentiasa dan lampu2 tu semua perlu dalam keadaan yang menyala semuanya. tapi, payah kan? hmmm...

oklah, harap2 apa yang aku cuba sampaikan dapat difahami oleh sesiapa sahaja who happen to 'bloghop', 'blogwalk' or anything u call them.

till them, salam and bye bye


note yang tak penting pun: cey cey cey dah pandai letak gambar dalam entry nampak...hihihihi

unstable

salam and hi to all,

rasanya once in a month aku akan rasa perasaan mcm ni, mcm mana ye nak describe perasaan ni. hmmm...rasa diri tak berguna, tak baik, tak elok, semua sikap2 dan sifat2 negatif ada pada aku dan rasa diri ni useless sangat. pastu mula lah stalk fb and gambar2 org lain pastu nak bnding2 dengan aku dan aku akan rasa sangat amat tak berguna sekali. =.='

aku tak tahu kenapa mesti ada perasaan mcm ni. benda2 negatif mcm ni hanya akan buatkan aku DOWN sangat sangat dan aku perlukan sesuatu untuk pour things out. rasanya thru blogging ok kot daripada simpan sorang2.

tak tahulah kenapa, aku suka fikir yang aku ni tak ramai kawan2 dan entah ya entah tidak aku tinggalkan impak dalam hidup kawan2 aku. wonder whether one day, bila ada reunion dan aku tak datang, akan ade tak orang yang sedar dan bertanya kenapa tak datang. hahahahahahah..pemikiran yang sangat childish dan negative.

oh oh kenapa kenapa kenapa perlu rasa macam ni!

kadang bila kita terlalu memikirkan sangat pasal sesuatu benda tu, terlalu asyik sangat dengan benda tu sampai leh masuk mimpi, masa tu lah semuanya akan berkisar pasal benda tu saje dan kebanyakannya adalah negative or sth that can bring ur emotion down.

seriously I HATE THIS FEELING!!
dan pada saat ni, sorry lah sebab muka akan jadi sour (lebih sour dari asam boi) dan akam moody tak tentu pasal (terutama lepas bangun tido dan time lapar). sorry but i can't help it :'(

aku rasa aku pun dah jadi mcm gambar di atas ni, and i hate it :(((

oklah. no mood. nak tdo. kthanxbai

note yang tak penting pun: nanti aku akan share apa yang aku dah baca dan dapat dari buku mencari makna hidup by parlindungan marpaung. buku motivasi yang best dan berkobar2 semangat nak lakukan perubahan!

Saturday, July 9, 2011

kerana diriku begitu berharga 2

salam and hi to all,

sebenarnya aku dah pernah post entry dengan tajuk yang sama cuma kali ni nak tambah sikit kepada apa yang aku pernah tulis dulu. biasalah, kadang2 idea menulis tu tiba2 datang, dan tergerak pulak hati nak tambah sikit2 isi kat post ni.

ni entry yg dulu, aku tak reti nak buat link ke entry ni, so nk senang aku copy and paste je sebahagian yg pernah aku tulis dulu yang aku italic kan dan tukar warna jdi warna kuning ( dlm kes ni, dibenarkan untk copy paste sebab aku yg tulis kan :P)

semua orang ada nilai masing2, semua orang ada "harga" masing2
tak ada seorang pun dalam dunia ni yang tak berharga atau tak berguna sejak lahir
ALLAH tak akan ciptakan umat manusia tanpa tujuan
mesti ada tujuan setiap orang diciptakanNYA, cuma kita je yang tak tahu :)

kawan aku pernah kata, "kita tak boleh pandang rendah pada orang, takut2 dia lebih mulia daripada kita"
dan aku rasa memang betul.
sebab setiap orang ada nilai diri masing2, ada harga diri masing2.
siapa kita nak nilaikan "harga" orang lain?
sedangkan ALLAH pun tak beza-bezakan hambaNya
inikan pula kita, manusia yang tak punya apa2.

kadang2 aku rasakan, bila kita "lebih" dalam sesuatu benda tu, kita akan cenderung untuk pandang rendah atau meletakkan nilai pada seseorang tu.
dan benda ni jadi lebih serius kalau2 orang tu tak menepati citarasa atau piawaian kita dalam menilai orang.

aku pernah terbaca dalam buku karya dr. aidh abdullah al-qarni, tajuk dia "beginilah zaman memotivasikan kita". memang best buku tu. try lah baca [aku ada kalau nak pinjam :P]
beliau pernah tulis dalam tu, lebih kurang mcm nilah kata2nya:

"kadang2 kita merasakan bahawa dah banyak amal dan ilmu kita dapat dan kumpul, dan tanpa kita sedar, kita meremeh2kan orang lain yang tak sebanyak amalan kita, tapi tahukah kita, pada saat pertama kita terlintas fikiran seperti itu, serta merta amalan kita menjadi tidak sebanyak orang yang kita remehkan tadi"

[beliau tak tulis mcm ni sebijik2, tpi aku ringkaskan mcm ni ikut kefahaman aku]
aku nak cari apa yang beliau tulis tapi tak jumpa :P

aku pernah terbaca beberapa komen di di facebook yg berbincang pasal satu isu ni. agak menarik isu tu bagi aku, dan komen2 yg diberikan juga sangat menarik dan ada juga yang aku setuju dan kurang setuju ( aku tak boleh nak katakan betul atau salah, sebab benda ni subjektif) pendapat orang berbeza-beza atas justification masing-masing.

dan bila membaca komen2 tu semua, aku rasa agak penting untuk berlaku adil kepada semua untuk tidak sentuh hal2 yang sensitif (well, korang pun mesti tahu kan?) mcm agama, gender, SES, tahap pendidikan, rupa paras etc supaya semua takde kes condemn mengondemn (ade ke word ni?hehe :P)

aku rasa tak syok pulak bila kita memang betul nak bg pendapat kita pasal sesuatu benda tu, tiba2 ada yang nak kaitkan dengan hal agama, tahap pendidikan bagai . bukan apa, tak semua orang ada peluang yang sama, cuma yang membezakan adalah sikap , sama ada kita betul2 nak ambil inisiatif tambahkan ilmu kita dengan buat sedikit pembacaan berkenaan isu tersebut atau tidak. boleh jadi juga keadaan sekeliling, ambience tu. mcm mna cara kita dibesarkan itu semua berbeza, jadi kesan2 daripada benda2 ni semua yang membentuk seseorang itu.

aku tahu ramai yang nak jadi yang terbaik tapi bukan semua ada semangat betul2 nak berubah. mungkin ada tapi tak ada peluang. benda ni agak subjektif nak dicakapkan.

so, kesimpulannya,jangan letakkan nilai pada seseorang itu. tak kiralah mereka tu ada lebih ilmu atau kurang ilmu dari kita, give them respect.
because respect is gained, not given :) :) :)

ini untuk peringatan kepada diri aku jugak. I AIN'T PERFECT. tiada seorang pun manusia yang ALLAH ciptakan sempurna kerana hanya DIA yang sempurna. tapi ketidaksempurnaan kitalah yang menjadikan setiap antara kita complement each other untuk membentuk kesempurnaan itu. dan dari situlah kita nampak kesempurnaan yang ALLAH ciptakan atas setiap antara kita.


simply


"kerana diriku begitu berharga "


till then,

have a nice day everyone!
bye bye ^_^

Thursday, July 7, 2011

of being judgemental

salam and hi to all,

it’s been a while since i wrote anything beneficial and so-called informative/ motivation in this blog. i rarely updated simply coz there are so many things inside (the brain) that makes it hard for me to decode them in words. well, i’m never good with words you see :\

what i’m going to brag about here is the same thing, over and over again which i hated the most.

personally, i don’t like to be judged through my outer appearance. i would rather like people to see me as who i am, through the way i speak about something, my opinions as well as how i carry myself.

i guess attitude and inner self are more important and should be well taken care of. coz what we have inside will be reflected through our acts and words, aite?

rasanya bila orang menilai kita dari segi perlakuan dan kata-kata, benda ni akan lebih membuatkan kita berhati-hati dan berfikir-fikir sebelum menulis/ berkata-kata tentang sesuatu. indirectly, kita akan lebih menjaga lidah supaya bukan senang-senang nak keluarkan apa yang ada dalam hati kita. well, ada benda yang boleh disclose pada public tapi ada benda yang perlu diprivatekan. kita perlu belajar banyak lagi pasal ni.

i’m both not a very vocal person, i would rather type/ write what i feel rather than speak sebab saya ni mudah kehilangan kata-kata. saya tidak reti untuk argue dengan orang pasal sesuatu unless i know about it thick and thin, then i have the guts to say what i have to say (belum tentu betul dan orang lain dengar) (that’s why i’m never in the debate team while at school ~~just kidding)

i have quite a low self esteem you see, that makes me feel inferior to sometimes speak up what i feel inside. besides, to avoid people from having negative perspective about me. i’m quite particular when it comes about other people’s opinion about me, which makes me a bit defensive when it comes to certain issues.

hmmm...well, i guess that’s about it. its quite tedious to start again what we left behind few months/ years back. so, i need to start from scratch. have to read a lot and definitely, watch a lot ( err, i mean those educational and informational tv programmes)

till then, bye bye

Tuesday, July 5, 2011

cherished every moments

aku rasa blog ni agak dry tanpa gambar, so to start with, kita enjoy gambar k

them, whom i <3 the most in the whole world

love them tooo :)

bestest buddy :)

coy sengal

bertiga~

wa, my bestest cousin in crime :P

i'm back :)

salam and hi to all,

last entry wrote was in may 2011, which means its almost a month and plus plus i didn't wrote or rant here. there goes my new resolution =.='

but, i guess it's ok since i've got lots of things to be done (excuses je ni) and alhamdulillah, all the importants things are settled and i'm officially jobless and soon-to-be-graduand :)

i'm a happy girl at that and Thank You ALLAH million zillion trillion times for making everything easy for me, for making all the tough and rough ways easy for me to sail through and everything Ya Rahman. i can never list down how much He helped me and how grateful i am for all these while. again, THANK YOU ALLAH ^^

ok, dah sudah. kita citer benda lain plak k.

sekarang ni aku secara rasminya memegang title penanam anggur a.k.a penganggur a.k.a jobless, tengah tunggu result posting je skarang ni. baru je lepas kursus 3 hari KISSM dan sangat lega dah habis banyak benda2 penting. skarang ni hanya perlu memikirkan pasal masa depan je, kalau boleh nak rancang baik2. sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih baik dari perancangan aku, jadi biarlah apa yang aku rancang diberkati. aminnn ~~

dah lebih kurang sebulan nak masuk 2 bulan jugak la melepak kat rumah tak buat apa, bukanlah tak buat apa as in makan tido makan tido je, tolong la juga wat keje rumah sume2 tapi kerja yang betul2 kerja tu takdelah. setakat ni gumbira je bangun lewat, baca novel ikut suka hati nak baca bila, surf tenet sampai hampir nak masuk dalam komputer, makan tak ingat dah penimbang, kuar jalan2 sampai rasa mesti orang perasan muka yang sama asyik kuar masuk kedai dia dan mcm2 lagi lah! kesimpulannya, hidup mcm ni memang heaven tapi kalau sampai berbulan2 kena buat mcm ni, alamatnya hidup aku ni tak produktif langsung langsung langsung lah!

bila hidup tak produktif cmni, mulalah rasa rendah diri lah, tak bersyukur lah, mcm2 lah...padahal orang lain nak je hidup macam apa yang aku alami skrang ni. hmmmm....mcm tulah manusia tak pernah nak bersyukur :(

aku rasa untuk atasi kebosanan tahap melampau lebih dari bosan tahao gaban ni, aku perlu cari hobi baru, boring jugak asyik2 baca novel n tengok tv, seriously kena carik hobi baru..

hmmm...let us think

memasak? tak yah, dah slalu buat, tak sedap mana pun
menjahit? tangan aku kasar, tak sesuai untuk jahitan halus
berkebun? i'm not a 'green hand', nnti hbis pokok aku kerjakan
mengemas? dah slalu buat, bosanlah wat benda yang sama.... next please
buat kad kreatif? hmmmm....mcm menarik je idea ni...hahahahaha...akan dipertimbangkan kemudian

oklah, rasanya takat tu je lah kot untuk hari ni, insyaALLAH esok kalau ada mood nak menulis, kita jumpa lagi ye, kalau tak, tunggu je lah 1-2 minggu/ bulan lepas ni..hehehe :P

till then, bye bye bye :) <3