Saturday, February 27, 2010

tak sempurna tak apa

salam and hi to all,

hehe :P
sebenarnya gelak ni untuk aku sebab aku baru je lepas post entry baru tadi, dan sekarang aku tengah menulis entry baru ni pulak :P
[memang patut aku kena gelak, kan? hahhahaha]

bila aku fikir2kan balik, aku rasa gembira dilahirkan dalam keadaan aku yang sepeti ini, tidak sempurna dan masih lagi punya sikap2 buruk yang perlu dibuang. [maaf ye, aku bukan bermaksud untuk mempermain-mainkan perkataan syukur ke apa ke. ini sekadar apa yang aku rasa sahaja]

tak sempurna disini bukan bermaksud cacat anggota badan tapi tak sempurna disini membawa maksud yang aku masih lagi punya perangai buruk yang kadang2 boleh buat orang lain rasa annoying atau menyusahkan orang.

tak sempurna disni juga boleh dikatakan aku ini adalah manusia yang biasa2 sahaja dan tidak ada apa2 yang menarik tentang aku.




kenapa aku kata mcm tu?
payah kan kalau kita nak kekalkan sesuatu yang kita suka, seperti dalam bentuk itu dan tak berubah. PAYAH. sungguh.
************************************************************


ok. contohnya, kita ada duit banyak. banyak dari sebelum2 ni. duit yang banyak yang boleh buatkan kita nak beli apa sahaja yang kita nak dan idamkan2 selama ni.
bila dah ada duit banyak macam ni, tanpa kita sedar, kita akan menjadi lebih protective dengan duit2 kita tu. kita sentiasa rasa tak secure, sentiasa berjaga2, sentiasa berwaspada dengan semua orang, mula tak percayakan orang lain dan fikiran kita ni asyik fikir untuk mcm mana kita nak simpan duit ni supaya selamat dan tak hilang. tanpa kita sedar, masa kita banyak terbuang dengan fikiran2 dan perlakuan2 yang macam ni. dan tak mustahil kalo kita cuba nak buat sesuatu yang diluar jangkauan kita sebab kita nak tambahkan duit2 tu supaya jadi lebih banyak.

dan seterusnya.........[sambung sendiri :P]

macam tu juga, kalaulah ALLAH ciptakan semua orang sempurna dan tidak ada cacat cela langsung, mesti kita asyik fikir je mcm mana nak kekalkan kesempurnaan tu, dan boleh jadi jugak sampai lupa semua tanggungjawab kita. hmmm......


renung-renungkan :)

oklah..dah agak panjang kot entry ni.
nak stop dulu.

till then,
salam and bye bye bye

kisah ni dah basi :P

salam and hi to all,

SERIOUSLY tersangat lama tak update blog ni!! fuhhh ...fuhhh....dah berhabuk dah kt sana sini :P heheh
bukan apa, saya mengaku saya MALAS nak tulis sebarang entry baru dalam blog ni....tpi jenguk tiap2 hari rajin pulak :P

macam2 yang aku dah rangka nak tulis dalam blog ni,tapi apakan daya, sifat MALAS tu kuaaaat sangat sampaikan dah hilang semua idea2 yang dah dirangka tu. akibat malas macam ni lah ..hehe

aku baru je balik bercuti dari kampung baru2 ni. cuti CNY dan sekali cuti sem. best giler3 sebab boleh balik umah tok di tengganu. memang enjoy sangat dok sana [aku tahu cite ni dah basi sebab cuti raya cina dah lepas lama dah...hehe :P]
jumpa sepupu sepapat, jumpa famili, jumpa tok dan jumpa sebahagian tengganu clan :))
best best...bukan selalu leh jumpa2 mcm ni, kebetulan cuti, so bolehlah jumpa.

keadaan tok aku still lagi sama cam dulu, cuma sekarang dah bertamah uzur kot. kesian dia. dah la uzur, tak ada kudrat, ada lagi orang yang sanggup buat khianat mcm tu kat dia. takpalah tok, ALLAH ada. Dia lihat semuanya, Dia dengar semuanya, Dia tahu semuanya dan Dia juga akan tentukan semuanya. kita tunggu dan lihat aje ye :) ok. cukup pasal kisah tok aku.

post hari ni lebih kepada nak cita2 benda cmni je kot. aku kene "kejar" balik idea2 yg dah lari tu...harap2 tak lari jauh la ye idea2 semua :P
dan aku jugak ada mcm2 cite yang aku rasa maybe akan diceritakan dalam blog ni ataupun tak. aku fikir dulu nak share ke tak, ok ?

i guess, that's all for today.
till then,
salam and bye bye bye

^___________^

Monday, February 8, 2010

beginilah hidup

salam and hi to all,

setelah lama tak menjengah blog ni, aku rasa nak tulis sesuatu lah :)

kadang2 aku rasakan, tiada sesiapa boleh faham kita melainkan diri kita sendiri. pemikiran kita, perangai kita, semuanyalah.

walaupun orang yang paling dekat dengan kita. mak ayah, adik-beradik even kawan2 rapat pun. mereka takkan pernah tahu perasaan kita sebenar-benarnya, walaupun mereka kenal kita bagaimana. ada sesuatu yang buat kita rasa lebih selamat untuk rahsiakan. boleh jadi sebab kita malu nak bagitahu sesuatu benda tu dan boleh jadi juga kita rasa kalau kita bagitahu, pandangan orang terhadap kita berubah.dan itulah yang sebenar-benarnya yang paling kita takut.

hati ni kadang2 subjektif. kita tak tahu sebenarnya apa yang kita rasa dan jangalah kita harapkan orang lain nak fahaminya...tersangatlah SUSAH! ia ibarat kita nak suruh orang tu jadi diri kita. payah kan?

kadang-kadang perbuatan kita ditafsirkan dengan pelbagai andaian oleh orang2 sekeliling kita. manusia kan ada sudut pandangan tersendiri, oleh sebab itulah tanpa kita sedari, kita menilai seseorang itu berdasarkan tingkah lakunya dan perwatakannya pada masa itu.

hahahaha...hidup ni funny kan? penuh rahsia dan kadang2 boleh jadi sangat complicated. sebab kita sendiri pun tak kenal dan tahu diri kita sebenar-benarnya macam mana. kita memerlukan orang lain untuk jadi cerminan diri kita tetapi mereka pun bukan tahu semuanya pasal kita. funny kan?

[ini apa yang aku rasa sahaja, bukan bermkasud nak attack sesiapa dan juga ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati]

till then,

salam and bye bye bye

Tuesday, February 2, 2010

down

salam and hi to all,

yes. i am down. now. for the moment :(
and i don't know whether time will heal me or not.

these couple of days, i've been dealing with many emotions. it's a complicated one i guess coz people would never know what's inside my mind. it is a subjective thing and sometimes it's real hard to tell.

bye bye =_=;