Sunday, January 23, 2011

emotional breakdown

lately aku rasa aku ni pemikir sungguh. fikir benda2 yang bukan, dan kebayakan benda yang bukan2 tu adalah negatif! dan benda2 negatif ni boleh buatkan aku stress =='

aku rasa aku bukannya muda lagi mungkin dah tiba masa untuk aku betul2 ambil berat benda2 yang patut aku ambil berat. it's time to be real, lina! tak boleh lagi nak escape2 dengan fikirkan benda2 yang boleh buatkan aku lupa sesetengah benda yang perlu diambil serius.

aku rasa aku ni memang sangat take life for granted, aku suka amik kesempatan pada masa yang aku ada. mksudnya aku suka buang masa dengan benda2 yang tak datangkan faedah pada aku, dan mungkin ni adalah salah satu cara untuk buatkan aku lari dari masalah.

aku tahu aku takkan pernah boleh lari dari masalah, dan satu hari nanti aku kena mengakui kebenarannya. tapi, buat masa ni biarlah aku "lari" dulu dan fikirkan benda2 yang perlu diambil berat dulu. buat masa ni, fokus aku adalah hanya untuk study dan family. tiada benda lain.

aku tak mahu dikasihani oleh orang lain dan aku pasti akan jumpa juga jalannya satu hari nanti.
just let me do things the way i want.



aku cuma nak lari dari keserabutan sementara ni! I HATE MYSELF :'(


berbaur2 betul perasaan sekarang ni, serabut juga dengan semua yang berlaku. percayalah, aku tak minta semua ni berlaku, i just can't help it.

i know i'm being such an annoying person lately but being myself, aku tak tahu nak ubah diri aku supaya jgn jdi terlalu transparent, yang tak akan menyusahkan orang untuk menghadapi aku.




ALLAH please help me :'(

Saturday, January 22, 2011

update update update!

haih lama giler tak update blog =.='
bajet macam banyak kerja sangat la, padahal kelas separuh hari je.

sedar tak sedar dah lebih kurang 3 minggu sejak 2011 start dan lebih kurang 3 minggu jugakla kelas start. final sem ni lebih rileks sikit, sebab kelas pun tak banyak, subjek pun tak banyak juga. jadi, kalau diikutkan memang aku punya masa yang sangat sangat sangat banyak. biasalah, aku ni kan real procrastinator, jenguk sana sekejap, jenguk sini sekejap, lama2 kerja yang nak dibuat memula tu tak siap2.

hajatnya nak tulis blog untuk salah satu subjek, tapi tulah manusia ni, time2 ada kerja ni yang dia sukaaaaaaaaaaaaa sangat pergi "jalan2" tanpa tujuan. melencong tulis blog ni kejap, yang perlu disiapkan tak buat pun =.= double haih.


sebenarnya tak ada apa nak cakap pun, sesaja rasa nak tulis sesuatu dalam blog ni, so here i am :P

kalau boleh nak cherish dan enjoy final sem ni betul2 sebab lepas ni, semua orang akan bawa hal masing2, ada life sendiri2 dah, dan peluang nak boleh jumpa balik tu macam agak tipis la kecualilah kalau betul2 ada sesuatu cnth mcm reunion @ gathering.

tak sangka aku dah menginjak masuk umur 24 tahun, satu peringkat usia yang aku rasa agak matang dan dewasa. dan aku rasa dah agak layak nak buat keputusan sendiri, tapi masih lagi perlukan nasihat dan pengawasan orang lain, especially keluarga dan kawan2.

tak sangka jugak aku dah final sem, dan bakal menamatkan pengajian aku yang 6 tahun ni. aduhhhh lama sungguh rasanya belajar, walaupun nak jadi cikgu saje. dan bakal bekerja, kalau ada rezeki insyaALLAH, tapi tu lah, pengalaman belajar ni takkan boleh dapat dimana2 kot. priceless :)

oklah..tu je kot setakat ni. idea takdekla..

till then,

bye bye :)

Monday, January 3, 2011


What lies behind us and what lies before us are tiny matter compared to what lies within us

~Ralph Waldo Emerson~

Sunday, January 2, 2011

recap 2010

salam and hi to all,

walaupun dah masuk tahun 2011, tapi aku rasa mcm nak rewind semula apa yg berlaku masa tahun 2010, sebab banyak sangat benda yang penting dan menarik yang berlaku, tak kurang jugak yang agak sedih. tapi apapun, 2010 tetap dalam kenangan :)

januari
- masuk semester 2 year 3 kat UM. ni kira sem last sebelum pergi praktikal kt sekolah. agak gembira jugak sebab subjek2 masa sem ni macam best2 dan relax2 sikit. lecturers pun sempoi dan tak kurang jugak yang strict. dan sem ni jugak aku berjaya daftar untuk subjek khidmat kemasyarakatan untuk koku. seronok weh!

februari
-mcm yang aku ckapkan, tahun 2010 ni meninggalkan kenangan manis sikit buat kami sekeluarga :) hehehe...well, tahun lepas kiranya agak bersejarah jugaklah buat ma sebab setelah agak lama tak serapat mana dengan siblingnya, Alhamdulillah hubungan tu dapat dibaiki dan semakin rapat. ok, enough said :D

mac
-bulan ni mcm takde apa sangat lah yang terjadi

april
-lawatan ke rumah anak orang asli ASDAF di PJ. lawatan ni adalah sempena subjek koku aku , khidmat kemasyarakatan. so, kitorang berkampung 2 hari di sana, buat kerja2 amal- kemaskan kawasan sekitar, ajar budak2 tu, beramah mesra. had so much fun doing it and wish i could do it again someday :)
seronok memanglah seronok, tapi yang tak seronoknya part bila kena wat laporan untuk presentation. nasib baiklah lecturer sangat amat sempoi :D
-bulan ni jugak aku teringatkan perihal kena berlakon untuk video yang akan dimasukkan dalam presentation hubungan etnik. memang akan meninggalkan kenangan manis bila habis belajar nanti.

mei
-well, bulan ni agak sibuk sebab exam dah semakin menjelang. tapi bukan study mana pun, mengelat je banyak :P

jun
-time2 mcm ni adalah waktu untuk semester break. tapi pening jugak kepala memikirkan hal praktikal nanti. berdebar2 pun ada sebab tak tahu sekolah mana yang akan ditempatkan. sibuk dengan persiapan untuk ke sekolah, cari baju kurung, beg (biasalah pompuan :P) tapi at the same time, english jangan lupa brush up, takut2 nnti dapat sekolah yang power2, mana nak sembunyi? dan jugak godek2 buku latihan lama masa sekolah dulu cari aktiviti yang menarik2 dan refresh balik vocabs2
-time ni world cup tengah berlansung di south afrika. aku taklah segila mana kalau pasal bola ni, tapi setakat nama beberapa orang players tu tahulah jugak. taklah malu sangat kalau orang ajak borak2 pasal bola sepak ni

julai
-start praktikal di sekolah sri petaling(ssp). first impression pada sekolah ni sangat tinggi. students di sini sangat ok, meaning most of the students can speak english really well, come from well background family i should say, comey2 dan kiut-miut-rasa-mcm-nak-kunyah-buat-makanan-ringan-bila-nampak. cikgu2 sekolah ni sangat SEMPOI, oh ya! lupa pulak, aku kena mengajar sessi petang, jadinya taklah kenal semua cikgu yang mengajar disini, cuma kenal rapat dengan cikgu2 sessi petang saje. tapi apepun, semua mereka ini rocks, baby!
-ingat lagi kat sekolah, oleh sebab world cup tengah hangat berlangsung, lagu yang paling popular adalah waka-waka oleh shakira. sampaikan students aku boleh hafal satu2 lirik lagu dia! besarnya pengaruh lagu tu pada budak2. akhirnya world cup 2010 south afrika milik spain. viva espana!

ogos
-semakin rapat dengan students dan guru2 di ssp. seronok pergi sekolah, tak tension langsung walaupun kerja menimbun dan dalam keadaan lecturer yang datang uninformed! Alhamdulillah, all praises are due to ALLAH, for He gave me all these things. thank you ALLAH :D
-semakin faham tugas dan tanggungjawab seorang guru, thick and thin. dan semakin boleh terima kenyataan yang aku akan tamat belajar kurang dari setahun sahaja lagi!
-tapi tahap kesabaran tu kadang2 teruji jugak sebab masa tengah praktikal tu kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan. paling tak boleh lupa adalah gelagat students kecik aku berpuasa, sangat lawak dan bila sekali sekala teringat boleh pecah perut dibuatnya! :D

september
-hari raya menjelma, tapi aku beraya dalam keadaan kurang sihat. mata aku merah tiba2 dan nampak macam sakit mata walaupun sebenarnya bukan. had fun photo-shooting at ri-yaz heritage with dear cousins, first time tu!
-hari raya ketiga tu pergi kelantan sebab my best fren, fiera bertunang. sempat juga kenal2 kampung dan keluarga fiera, hope to see them again :D had fun dalam kereta dengan sepupu aku yang giler giler remaja, wa. ahhh...sweet memories semua ni :)

oktober
-sedih banyak sebab akan tinggalkan ssp selepas 3 bulan berada di sini. rasa dah attach dengan budak2 tu semua dan mcm used to be around kids, i won't ever ever ever forget all the bittersweet memories i had at the school. pengalaman merempit ke sekolah dengan najwa-hujan, panas, waktu-bawak-barang-banyak-sampai-tak-nampak-jalan, waktu-tengah-rush-sebab-kena-observed etc.
-on the other hand, gembira jugak sebab cuti 3 bulan akan start! wowieeee...start planning untuk buat apa cuti lama nanti
-cuti bermula dengan sambut buzzday pa yang ke-53, golden years on such a golden date, 10-10-10.
-dikejutkan dengan berita kak yah dan nazirah(kawan keluarga kitorang)meninggal disebabkan accident. shock giler masa tu. yelah, unexpected sangat. innalillah, Al-Fatihah keatas roh mereka
-selepas tu pergi konvo lani di tg malim. sibling pertama yang dapat degree, dan insyaALLAH aku akan menyusul kemudian.
-Pa sakit kaki :( masa ni level tekanan kat rumah tu sangat tinggi, semua orang pakat bimbang dengan keadaan kaki Pa

november
-Pa masih lagi sakit kaki, dan Alhamdulillah semakin lama semakin baik keadaan Pa. syukur jugak aku cuti masa ni, so sempatlah berbakti dengan jadi matron Pa-cuci luka, serve makanan, check glucose level, dressing luka etc.
-sambut raya haji tahun ni dengan mood yang masih lagi suram dan sedih, sebab for the first time, kitorang balik kampung without Ma and Pa, Ma tak mau balik sebab nak jaga Pa, so ended up kitorang je balik. kurang meriah keadaan di rumah tok.
-aku sambung bercuti di kampung lebih kurang 3 minggu++ dengan mahasin dan nawal. then we went to bukit gambang resort sebab nak habiskan tiket free yang Pa dapat.
-lani dapat posting di smk bedong, good for her and good for my mum, yelah, sebab lani dapat sekolah yang tak jauh mana dari rumah, yang sangat2 diharapkannya! sangat heaven rasanya :D

december
-celebrate my buzzday with a small makan-makan di restorang favourite kitorang sekeluarga, hotmas :D
-pegi kelantan umah fiera sebab hajat di hati nak attend kenduri my cohort mate yang pertama kawen. dan had fun di kelantan, dengan layanan tuan rumah yang sangat2 warm and welcomed :) nnti 2 datang rumah aku plak, aku bawak pegi tmpat best2
-terima berita abg lan(kawan keluarga kitorang) meninggal sebab gout, yang ni pun unexpected jugak, tapi apalah daya kita nak melawan kehendakNya, semuanya berhikmah dan mungkin inilah yang terbaik untuknya. Al-Fatihah untuk arwah :(
-start ajar tuition untuk adik2, walaupun a bit late tapi better lambat dari takde langsung kan? hehe (escapism lagi)
-aktiviti biasa waktu cuti=menghabiskan stok2 novel di rumah
-ma pergi KL mesyuarat, so dalam masa 5 hari tu dapatla jugak aku praktiskan kemahiran memasak aku..hahahah...agak lamalah tak masak2 secara serius mcm ni, dengan lauk bagai :D
-hari last untuk tahun 2010, bertolak balik ke KL, menjadikan secara officialnya aku sambut new year sengsorang dalam train(oh ya! first time jugak naik train ke KL, selepas 6 tahun belajar di sini)







waaahhh...panjangnya entry aku kali ni. tak sangka seyh! hahaha...

oklah till then,

daa daa

random thoughts 2

salam and hi to all,

masuk hari ni dah 2 hari kita berada di tahun baru 2011. kalau secara clichenya bloggers lain akan postkan entry baru sempena hari last 2010 dan entry sempena new year 2011, so kali ni aku decided nak lari dari kebiasaan (escapism je ni, padahal malas and tak cukup masa nak tulis :P)

banyak benda yang aku fikirkan aku nak postkan dalam blog ni, masa 30 dec lagi, tapi sebab masa tu tengah kalut packing barang+serabut nak g beli barang+settlekan beberapa hal kecik, jadikan aku tak punya cukup masa untuk buat apa yang aku dah listkan awal2. sebab tu aku selalu cakap aku ni the real procrastinator! memang betullah tu, padahnya bila suka bertangguh :P
betullah cakap orang dulu2, bertangguh itu pencuri masa :D

tapi takpe, tak semestinya dah start tahun baru semuanya kena baru, ye dak? dulu masa kecik2 normallah tu kalau ada pemikiran yang sechildish ini, tapi ni dah besar, semua tu mcm dah tak perlu sangat dah kot. azam pun just refresh balik je azam lama yang tak tertunai2 sampai sekarang :D

setting azam baru ni sebenarnya tak perlu sangat pun bagi aku, cumanya kali ini aku nak bersungguh2 skit supaya apa yang aku azamkan tu insyaALLAH tercapai :P
(apa azam tahun baru aku? rahsiaaaaaaaaaaa, bila dah tercapai baru aku bagitahu..hehe )


till then,

daa daa :)