Sunday, January 18, 2009

gencatan senjata oleh ISRAEL

ALHAMDULILLAH .....syukur nikmat ALLAH MAHA BESAR...salam...sebenarnya aku merujuk kepada tindakan Israel yang setuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama 10 hari, maksudnya mereka tidak akan membedil Palestin selama 10 hari, walaupun begitu, tentera mereka tetap diletakkan untuk mengawasi Semenanjung Gaza

Gencatan senjata Israel
Zionis enggan undur tentera TEL AVIV
Israel bersiap sedia untuk melaksanakan gencatan senjata sebelah pihak tetapi menegaskan tidak akan berundur dari Semenanjung Gaza selepas 22 hari membedil wilayah Palestin dan membunuh 1,199 orang, termasuk 410 kanak-kanak serta mencederakan 5,300 orang. Bagaimanapun Hamas yang menguasai Gaza, menegaskan kumpulan itu akan terus menyerang Israel selagi tentera rejim Zionis itu meneruskan pencerobohan di wilayah Palestin.

Hasrat Tel Aviv itu dibuat selepas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat kelmarin bersetuju mendesak pelaksanaan gencatan senjata segera dan berpanjangan serta pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza.

Bagaimanapun, badan dunia itu menolak deraf lebih keras terhadap rejim Zionis berkenaan yang dikemukakan sebilangan negara termasuk Malaysia, Indonesia, Ecuador, Venezuela, Iran, Syria dan Nicaragua. Kabinet Keselamatan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert mengadakan mesyuarat lewat petang semalam berhubung gencatan senjata yang dicadangkan Mesir.
(dimana peranan PBB sebagai pertubuhan yang menjaga kebajikan dunia yang kononnya lantang memperjuangkan hak asasi manusia dan pejuang keaman??)
Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.[sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/PBB]


Mengikut gencatan senjata itu, Israel merancang menghentikan bedilan selama 10 hari tetapi mengekalkan kehadiran tenteranya di Gaza. Pintu masuk ke wilayah itu yang bersempadan dengan wilayah dicerobohi Israel dan Mesir akan terus ditutup sehingga peraturan keselamatan diwujudkan atas alasan mahu menghalang penyeludupan senjata ke Gaza. Mesir yang dibantu pasukan keselamatan antarabangsa juga akan menutup semula laluan penyeludupan senjata dan memulakan rundingan membuka pintu masuk pada masa yang akan ditentukan kemudian.

Radio Israel melaporkan, sidang kemuncak gencatan senjata yang akan diadakan di Kaherah hari ini akan dihadiri Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan pemimpin Israel.

Sementara itu, pegawai Hamas Osama Hemdan berkata kumpulan itu akan terus memerangi tentera Israel selagi ia tidak berundur. "Kami tidak melihat mereka akan berundur di bawah gencatan senjata sebelah pihak ini. "Selagi ia kekal di Gaza, pemberontakan dan serangan kami akan diteruskan," katanya. Dalam pertempuran semalam Israel meneruskan serangannya ke atas Gaza, termasuk membedil sebuah sekolah PBB yang meragut nyawa dua kanak-kanak lelaki.
[sumber:http://www.bharian.com.my/Sunday/BeritaUtama/20090118015055/Article/index_html]

Walaupun hanya 10 hari, tapi bagi aku, tindakan dorang hentikan serangan tu at least meringankan beban segelintir rakyat Palestin, walau bukan semua..at least, angka korban dapat lagi dikawal dan ramai yang masih ada masa untuk berbuat sesuatu...

Doa kita mungkin telah diterima ALLAh...ya ALLAH MAHA BESAR....Dia yang berkuasa atas segala-galanya..kerana semua ini kepunyaan Dia..kita ni hanya sekadar pinjaman duniawi...jadi jgnlah terlalu mengagung2kan dunia lebih dari segala2nya...tak kemana pun kita....


hmmm...aku kira, sampai sini sahaja yang dpt aku tuliskan buat masa ni...jumpa lagi lain kali...till then, byee and salam...=)

No comments: