Sunday, July 21, 2013

bila rasa itu muncul

rasa itu kembali lagi setelah lama menghilang.
aku tak suka rasa yang satu ini, sebab ia buat aku terluka dan kecewa.
walaupun aku sendiri tak tahu sebabnya aku jadi begitu.

kadang-kadang aku rasa tidak adil kerana aku saja yang jadi mangsanya, sedangkan dia
tapi bila difikirkan kembali, wujudkah perasaan itu walau sekelumit di dalam hati dia?
sungguh aku tak tahu, dan hampir kadang malas untuk ambil tahu.
tapi semakin lama aku tipu diri sendiri, semakin banyak ia menghantui aku.

aku hanya insan biasa, punya hati yang paling dalam.
hati yang paling dalam itulah hati yang paling 'fragile' bak kata kawan-kawan,
ya, aku tak nafikan. memang aku ini sensitif dan cengeng, cepat saja air mata dan aku berkawan rapat.

Ya Allah Kau hilangkanlah rasa dalam hati aku ini.
aku dah tak sanggup nak berharap pada sesuatu yang tak pasti dan sesuatu yang mungkin bukan tertulis untuk aku lansung.
selama ini hanya harapan palsu yang aku selalu titipkan pada hati aku yang terpaling dalam itu.
dan cukuplah,

aku sudah tak mahu jadi penipu lagi.

1 comment:

Mak Su said...

ada orang pernah kata, maksu ni vulnerable... hhmmm