Sunday, January 2, 2011

recap 2010

salam and hi to all,

walaupun dah masuk tahun 2011, tapi aku rasa mcm nak rewind semula apa yg berlaku masa tahun 2010, sebab banyak sangat benda yang penting dan menarik yang berlaku, tak kurang jugak yang agak sedih. tapi apapun, 2010 tetap dalam kenangan :)

januari
- masuk semester 2 year 3 kat UM. ni kira sem last sebelum pergi praktikal kt sekolah. agak gembira jugak sebab subjek2 masa sem ni macam best2 dan relax2 sikit. lecturers pun sempoi dan tak kurang jugak yang strict. dan sem ni jugak aku berjaya daftar untuk subjek khidmat kemasyarakatan untuk koku. seronok weh!

februari
-mcm yang aku ckapkan, tahun 2010 ni meninggalkan kenangan manis sikit buat kami sekeluarga :) hehehe...well, tahun lepas kiranya agak bersejarah jugaklah buat ma sebab setelah agak lama tak serapat mana dengan siblingnya, Alhamdulillah hubungan tu dapat dibaiki dan semakin rapat. ok, enough said :D

mac
-bulan ni mcm takde apa sangat lah yang terjadi

april
-lawatan ke rumah anak orang asli ASDAF di PJ. lawatan ni adalah sempena subjek koku aku , khidmat kemasyarakatan. so, kitorang berkampung 2 hari di sana, buat kerja2 amal- kemaskan kawasan sekitar, ajar budak2 tu, beramah mesra. had so much fun doing it and wish i could do it again someday :)
seronok memanglah seronok, tapi yang tak seronoknya part bila kena wat laporan untuk presentation. nasib baiklah lecturer sangat amat sempoi :D
-bulan ni jugak aku teringatkan perihal kena berlakon untuk video yang akan dimasukkan dalam presentation hubungan etnik. memang akan meninggalkan kenangan manis bila habis belajar nanti.

mei
-well, bulan ni agak sibuk sebab exam dah semakin menjelang. tapi bukan study mana pun, mengelat je banyak :P

jun
-time2 mcm ni adalah waktu untuk semester break. tapi pening jugak kepala memikirkan hal praktikal nanti. berdebar2 pun ada sebab tak tahu sekolah mana yang akan ditempatkan. sibuk dengan persiapan untuk ke sekolah, cari baju kurung, beg (biasalah pompuan :P) tapi at the same time, english jangan lupa brush up, takut2 nnti dapat sekolah yang power2, mana nak sembunyi? dan jugak godek2 buku latihan lama masa sekolah dulu cari aktiviti yang menarik2 dan refresh balik vocabs2
-time ni world cup tengah berlansung di south afrika. aku taklah segila mana kalau pasal bola ni, tapi setakat nama beberapa orang players tu tahulah jugak. taklah malu sangat kalau orang ajak borak2 pasal bola sepak ni

julai
-start praktikal di sekolah sri petaling(ssp). first impression pada sekolah ni sangat tinggi. students di sini sangat ok, meaning most of the students can speak english really well, come from well background family i should say, comey2 dan kiut-miut-rasa-mcm-nak-kunyah-buat-makanan-ringan-bila-nampak. cikgu2 sekolah ni sangat SEMPOI, oh ya! lupa pulak, aku kena mengajar sessi petang, jadinya taklah kenal semua cikgu yang mengajar disini, cuma kenal rapat dengan cikgu2 sessi petang saje. tapi apepun, semua mereka ini rocks, baby!
-ingat lagi kat sekolah, oleh sebab world cup tengah hangat berlangsung, lagu yang paling popular adalah waka-waka oleh shakira. sampaikan students aku boleh hafal satu2 lirik lagu dia! besarnya pengaruh lagu tu pada budak2. akhirnya world cup 2010 south afrika milik spain. viva espana!

ogos
-semakin rapat dengan students dan guru2 di ssp. seronok pergi sekolah, tak tension langsung walaupun kerja menimbun dan dalam keadaan lecturer yang datang uninformed! Alhamdulillah, all praises are due to ALLAH, for He gave me all these things. thank you ALLAH :D
-semakin faham tugas dan tanggungjawab seorang guru, thick and thin. dan semakin boleh terima kenyataan yang aku akan tamat belajar kurang dari setahun sahaja lagi!
-tapi tahap kesabaran tu kadang2 teruji jugak sebab masa tengah praktikal tu kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan. paling tak boleh lupa adalah gelagat students kecik aku berpuasa, sangat lawak dan bila sekali sekala teringat boleh pecah perut dibuatnya! :D

september
-hari raya menjelma, tapi aku beraya dalam keadaan kurang sihat. mata aku merah tiba2 dan nampak macam sakit mata walaupun sebenarnya bukan. had fun photo-shooting at ri-yaz heritage with dear cousins, first time tu!
-hari raya ketiga tu pergi kelantan sebab my best fren, fiera bertunang. sempat juga kenal2 kampung dan keluarga fiera, hope to see them again :D had fun dalam kereta dengan sepupu aku yang giler giler remaja, wa. ahhh...sweet memories semua ni :)

oktober
-sedih banyak sebab akan tinggalkan ssp selepas 3 bulan berada di sini. rasa dah attach dengan budak2 tu semua dan mcm used to be around kids, i won't ever ever ever forget all the bittersweet memories i had at the school. pengalaman merempit ke sekolah dengan najwa-hujan, panas, waktu-bawak-barang-banyak-sampai-tak-nampak-jalan, waktu-tengah-rush-sebab-kena-observed etc.
-on the other hand, gembira jugak sebab cuti 3 bulan akan start! wowieeee...start planning untuk buat apa cuti lama nanti
-cuti bermula dengan sambut buzzday pa yang ke-53, golden years on such a golden date, 10-10-10.
-dikejutkan dengan berita kak yah dan nazirah(kawan keluarga kitorang)meninggal disebabkan accident. shock giler masa tu. yelah, unexpected sangat. innalillah, Al-Fatihah keatas roh mereka
-selepas tu pergi konvo lani di tg malim. sibling pertama yang dapat degree, dan insyaALLAH aku akan menyusul kemudian.
-Pa sakit kaki :( masa ni level tekanan kat rumah tu sangat tinggi, semua orang pakat bimbang dengan keadaan kaki Pa

november
-Pa masih lagi sakit kaki, dan Alhamdulillah semakin lama semakin baik keadaan Pa. syukur jugak aku cuti masa ni, so sempatlah berbakti dengan jadi matron Pa-cuci luka, serve makanan, check glucose level, dressing luka etc.
-sambut raya haji tahun ni dengan mood yang masih lagi suram dan sedih, sebab for the first time, kitorang balik kampung without Ma and Pa, Ma tak mau balik sebab nak jaga Pa, so ended up kitorang je balik. kurang meriah keadaan di rumah tok.
-aku sambung bercuti di kampung lebih kurang 3 minggu++ dengan mahasin dan nawal. then we went to bukit gambang resort sebab nak habiskan tiket free yang Pa dapat.
-lani dapat posting di smk bedong, good for her and good for my mum, yelah, sebab lani dapat sekolah yang tak jauh mana dari rumah, yang sangat2 diharapkannya! sangat heaven rasanya :D

december
-celebrate my buzzday with a small makan-makan di restorang favourite kitorang sekeluarga, hotmas :D
-pegi kelantan umah fiera sebab hajat di hati nak attend kenduri my cohort mate yang pertama kawen. dan had fun di kelantan, dengan layanan tuan rumah yang sangat2 warm and welcomed :) nnti 2 datang rumah aku plak, aku bawak pegi tmpat best2
-terima berita abg lan(kawan keluarga kitorang) meninggal sebab gout, yang ni pun unexpected jugak, tapi apalah daya kita nak melawan kehendakNya, semuanya berhikmah dan mungkin inilah yang terbaik untuknya. Al-Fatihah untuk arwah :(
-start ajar tuition untuk adik2, walaupun a bit late tapi better lambat dari takde langsung kan? hehe (escapism lagi)
-aktiviti biasa waktu cuti=menghabiskan stok2 novel di rumah
-ma pergi KL mesyuarat, so dalam masa 5 hari tu dapatla jugak aku praktiskan kemahiran memasak aku..hahahah...agak lamalah tak masak2 secara serius mcm ni, dengan lauk bagai :D
-hari last untuk tahun 2010, bertolak balik ke KL, menjadikan secara officialnya aku sambut new year sengsorang dalam train(oh ya! first time jugak naik train ke KL, selepas 6 tahun belajar di sini)







waaahhh...panjangnya entry aku kali ni. tak sangka seyh! hahaha...

oklah till then,

daa daa

No comments: