Wednesday, February 22, 2012

my life so far

dah sebulan lebih rupanya aku menghuni pulau lagenda ini. hampir-hampir tak perasan dek kesibukan tugas yang sangat banyak. dan aku semakin faham beban tugas dan kerja seorang guru, tak kira sekolah menengah atau sekolah rendah.

menengah atau rendah; aku kira kedua-duanya punyai cabaran kerja yang tersendiri, dan tak adil untuk kita banding bezakan yang mana lebih senang atau yang mana lebih berat. semuanya sama sahaja, selagi pekerjaan itu adalah pendidik.

bergelar guru sekolah rendah, bagi aku agak istimewa dan seronok. istimewa kerana berpeluang mengajar mereka-mereka ini mengenal huruf dan angka, yang menjadi asas pembacaan atau penulisan dan pengiraan. jika pincang pendidikan awal yang diterima, maka pincanglah seluruh alam pendidikan. sebabnya, mereka-mereka yang bergelar pelajar sekolah rendah kini pasti akan bergelar pelajar sekolah menengah juga. lalu jika ilmu asas itu tidak sempurna, harus bagaimana mereka boleh menghadapi zaman sekolah menengah kelak?

dan menjadi guru sekolah rendah itu sangat seronok. seronok kerana setiap hari kita akan dihidangkan dengan pelbagai ragam, kerenah dan aksi pelajar yang mencuit hati dan tidak dibuat-buat. hati mereka yang polos itu tidak mungkin akan menyimpan dendam terhadap mana-mana guru yang marah atau berleter kepada mereka. dan sebagai cikgu, akan sampai satu masa dimana kita tidak sampai hati untuk melampiaskan nafsu amarah kepada mereka.

aku rasa budak-budak kecil seperti ini punyai kecenderungan untuk melupakan sesuatu yang tidak seronok bagi mereka. kerana walau dimarah bagaimana keras sekalipun, hari esok adalah hari yang baru bermula buat mereka. semua yang berlaku kelmarin akan berlalu dan hari ini adalah hari baru buat mereka.

satu lagi plus point adalah persekitaran tempat kerja yang santai dan seronok. sungguh aku seronok berada di samping kawan-kawan sekerja yang sangat baik hati dan peramah, dan yang paling penting tidak kedekut ilmu. biasalah sebagai guru baru, pastilah banyak benda yang perlu aku pelajari dan kuasai dan pada tahap ini, aku harus selalu tebalkan muka bertanya benda-benda yang tidak aku ketahui selain harus rajin meminta tolong guru-guru lain :D

Alhamdulillah semoga ALLAH permudahkan segalanya buatku, dan semoga beroleh kemudahan dalam segala yang bakal dilakukan :)

No comments: