Monday, February 20, 2012

susahnya hidup ditempat orang

it's been a while since i posted my last entry here. lots of things here and there need to be settled first and hey, i'm back!

i'm currently in langkawi, the so-called duty free island. i'm going to spend (i don't know) maybe 3-4 years here before i can ask for a transfer.

well, it's not that i don't like being here, but i guess i'm not comfortable enough in here. though the people are verryyyyyy nice and kind and helpful and good but i guess there's also other things which i can't find it here.

aku rasa susah duduk di sini, lebih susah daripada aku di kl masa awal2 dulu. tapi awas, aku bukan cuba nak bandingkan keadaan di langkawi dengan kl, ya perbezaan itu bagai langit dan bumi, kl sebuah kota yang pesat membangun dan langkawi hanyalah sebuah negeri kecil di ceruk kedah yang mana tidak punyai kemudahan yang mudah untuk pendatang baru seperti aku-aku tahu semua itu. dan aku memang tidak membandingkan kedua-duanya dari sudut ini.

apa yang aku cuba katakan adalah sepanjang sebulan berada disini, langkawi bukan sebuah tempat yang friendly, err maksud aku dari segi kemudahan transport, harga makanan dan minuman, harga barang-barang yang sekali ganda lebih mahal dari tempat lain selain ketiadaan kedai-kedai yang menjual barangan keperluan harian.

aku rasa susah nak survive di sini walaupun hakikatnya aku bergaji, kerana taraf hidup disini agak tinggi tambah-tambah pengangkutan awam. jangan mimpi nak naik teksi kalau dalam dompet kamu hanya ada rm10 kerana harga permulaan teksi adalah rm18 ke mana-mana sahaja tidak kira berapa orang. kalau naik seorang pun harga yang sama, naik ramai pun harga yang sama juga perlu dibayar. it's already fixed price, no bargain mind you. hahaha..

aku rasa susah hidup di sini dengan keadaan aku yang tak lengkap dengan apa-apa keperluan lansung! aku tak boleh buat kerja dengan cepat, kemas dan kerja aku selalu tak siap. kadang2 aku malu pada cikgu2 lama kat sekolah ni sebab aku takut mereka2 anggap aku pemalas, padahal sebenarnya aku tak punya peralatan yang cukup untuk selesaikan semua kerja itu. kerja yang dulunya boleh disiapkan dalam masa sehari boleh memcecah sampai 4-5 hari sekarang.

aku rasa susah hidup di sini sebab aku rasa susah nak bergerak. semuanya kena harapkan pada orang lain, dan jadual aku dan mereka berbeza. apa yang aku nak buat kalau tiba-tiba tengah malam perut aku lapar dan housemate aku dah tidur, pegi dapur makanan tiada sebab kat rumah ni memang tak ada dapur dan peti sejuk? hanya mampu balik bilik dan sambung tidur dan hanya makan tengahari esok di kantin sekolah.

aku rasa susah duduk disini, tambah2 bila nak balik rumah. sangat susah sebab banyak benda perlu ditempuhi terlebih dulu. jadual aku yang terpaksa mengajar sesi petang membuatkan semua benda jadi rumit dan kalut. dahlah feri sampai pukul 7 petang saja, 6.10 petang balik sekolah; kalut pula nak cari teksi yang harganya sangat mencekik darah. dan sampai di jeti belum tentu sempat dengan keadaan jalan waktu petang yang agak sesak dengan manusia balik kerja etc.

aku rasa susah hidup di sini sebab aku seorang diri! hakikat ni yang paling aku tak suka! kalau dulu semasa di kl, walaupun seorang diri aku still rasa boleh survive dan tak perlu bergantung kepada orang lain sangat, tapi sekarang aku terpaksa bergantung kepada mereka2 yang ada disekeliling, yang kadang2 sudah punya keluarga dan hal lain yang lebih penting untuk diberi perhatian selain aku. haha..aku tak tahu nak bagitahu kepada siapa lagi, sudahnya aku tulis dalam blog ni...haha

aku tahu kalau aku bagitahu mereka yang lain pun, they will NEVER know how it feels to be in my shoes. mereka takkan pernah faham keadaan aku yang susah ni, sebab mereka tak duduk dalam keadaan ini.

bukan aku tak mahu berkorban, lebih dari itu pun aku boleh buat tapi alamatnya aku akan mengorbankan diri aku sendiri jawabnya. siapa yang nak tanggung perbelanjaan harian aku kalau aku tak cukup duit? aku dah puas malu dengan cikgu2 senior yang selalu belanja aku makan, macam aku ni tak ada family lansung.




ya ALLAH, apakah ujian yang Kau berikan kepada aku?? sungguh aku rasa tak berdaya dan tak mampu menanggungnya :'(



No comments: