Monday, May 21, 2012

complicated

aku adalah jenis orang yang agak malas untuk sms-es kawan2 aku setiap waktu dan ketika kecuali kalau ada apa2 perkara yang penting sahaja. bukan apa, aku takut message atau sms yang aku berikan salah timing. well, siapa tahu apa yang berlaku disebalik telefon bimbit tu kan?

lagi satu, calling calling kawan2. but once in a blue moon aku akan call kawan2 bertanyakan khabar berita mereka yang terbaru. tapi untuk berbuat demikian secara selalu adalah bukan aku. entahlah, aku tak pernah tahu kenapa. kadang2 aku rasakan perangai aku ni boleh buatkan orang akan jauhi aku; well mungkin kerana mereka akan merasakan aku hanya mencari mereka ketika aku susah sahaja.

payah untuk aku menidakkan atau mengiyakan benda ini, sebab aku sungguh tidak bermaksud sedemikian. sama juga halnya dengan adik beradik aku. aku mengharapkan yang mereka akan fahami aku sememangnya begini. dan apabila diignore untuk beberapa waktu sehinggakan berita penting pun tidak kesampaian ke telingaku, i was taken aback. lesson learnt for me, i'm not sure for them.

tapi fahamilah bukan bermaksud aku tidak mengingati semua mereka-mereka ini, cumanya aku masih lagi dalam proses untuk adaptasi diri aku di tempat baru dan pekerjaan aku ini. belum cukup setahun atau 6 bulan pun lagi bergelar guru, aku dah merasakan penat yang teramat sangat setiap kali balik dari sekolah. itu belum termasuk dengan 'ME' time lagi dalam bilik. melepaskan semua tension dan stress di tempat kerja dengan menangis puas2 dalam bilik berseorangan. sudahnya, aku tanggung semua masalah aku sendiri. now tell me, you expect me to call everyone at home during maghrib prayers? waktu dimana semua orang sedang sibuk membersihkan badan masing-masing, tak kurang juga waktu orang sedang sibuk membuat apa2 sahaja pekerjaan yang dirasakan perlu.

lebih baik tak payah call kalau pengakhiran itu sudah aku sedia maklum awal2 lagi. daripada call untuk mengadu masalah dan releasekan tension, alih-alih silap haribulan bertambah-tambah tension aku. bukannya aku tak faham ma aku bagaimana. dia tak akan suka untuk diganggu waktu2 sebegitu dan bukanlah waktu yang sesuai untuk telefon orang juga semasa umat manusia lain sedang sibuk menyembah ALLAH yang Esa.

akhirnya masalah masih tetap masalah, dan aku lah yang menanggungnya seorang diriku. untuk telefon sekali lgi mengadu, well mungkin mood atau perasaan untuk bercerita itu sudah hilang. last2 hasrat untuk telefon itu terkubur begitu sahaja.

*life is soooo complicated nowadays!*

:(


No comments: