Monday, February 8, 2010

beginilah hidup

salam and hi to all,

setelah lama tak menjengah blog ni, aku rasa nak tulis sesuatu lah :)

kadang2 aku rasakan, tiada sesiapa boleh faham kita melainkan diri kita sendiri. pemikiran kita, perangai kita, semuanyalah.

walaupun orang yang paling dekat dengan kita. mak ayah, adik-beradik even kawan2 rapat pun. mereka takkan pernah tahu perasaan kita sebenar-benarnya, walaupun mereka kenal kita bagaimana. ada sesuatu yang buat kita rasa lebih selamat untuk rahsiakan. boleh jadi sebab kita malu nak bagitahu sesuatu benda tu dan boleh jadi juga kita rasa kalau kita bagitahu, pandangan orang terhadap kita berubah.dan itulah yang sebenar-benarnya yang paling kita takut.

hati ni kadang2 subjektif. kita tak tahu sebenarnya apa yang kita rasa dan jangalah kita harapkan orang lain nak fahaminya...tersangatlah SUSAH! ia ibarat kita nak suruh orang tu jadi diri kita. payah kan?

kadang-kadang perbuatan kita ditafsirkan dengan pelbagai andaian oleh orang2 sekeliling kita. manusia kan ada sudut pandangan tersendiri, oleh sebab itulah tanpa kita sedari, kita menilai seseorang itu berdasarkan tingkah lakunya dan perwatakannya pada masa itu.

hahahaha...hidup ni funny kan? penuh rahsia dan kadang2 boleh jadi sangat complicated. sebab kita sendiri pun tak kenal dan tahu diri kita sebenar-benarnya macam mana. kita memerlukan orang lain untuk jadi cerminan diri kita tetapi mereka pun bukan tahu semuanya pasal kita. funny kan?

[ini apa yang aku rasa sahaja, bukan bermkasud nak attack sesiapa dan juga ia tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati]

till then,

salam and bye bye bye

No comments: