Saturday, February 27, 2010

tak sempurna tak apa

salam and hi to all,

hehe :P
sebenarnya gelak ni untuk aku sebab aku baru je lepas post entry baru tadi, dan sekarang aku tengah menulis entry baru ni pulak :P
[memang patut aku kena gelak, kan? hahhahaha]

bila aku fikir2kan balik, aku rasa gembira dilahirkan dalam keadaan aku yang sepeti ini, tidak sempurna dan masih lagi punya sikap2 buruk yang perlu dibuang. [maaf ye, aku bukan bermaksud untuk mempermain-mainkan perkataan syukur ke apa ke. ini sekadar apa yang aku rasa sahaja]

tak sempurna disini bukan bermaksud cacat anggota badan tapi tak sempurna disini membawa maksud yang aku masih lagi punya perangai buruk yang kadang2 boleh buat orang lain rasa annoying atau menyusahkan orang.

tak sempurna disni juga boleh dikatakan aku ini adalah manusia yang biasa2 sahaja dan tidak ada apa2 yang menarik tentang aku.




kenapa aku kata mcm tu?
payah kan kalau kita nak kekalkan sesuatu yang kita suka, seperti dalam bentuk itu dan tak berubah. PAYAH. sungguh.
************************************************************


ok. contohnya, kita ada duit banyak. banyak dari sebelum2 ni. duit yang banyak yang boleh buatkan kita nak beli apa sahaja yang kita nak dan idamkan2 selama ni.
bila dah ada duit banyak macam ni, tanpa kita sedar, kita akan menjadi lebih protective dengan duit2 kita tu. kita sentiasa rasa tak secure, sentiasa berjaga2, sentiasa berwaspada dengan semua orang, mula tak percayakan orang lain dan fikiran kita ni asyik fikir untuk mcm mana kita nak simpan duit ni supaya selamat dan tak hilang. tanpa kita sedar, masa kita banyak terbuang dengan fikiran2 dan perlakuan2 yang macam ni. dan tak mustahil kalo kita cuba nak buat sesuatu yang diluar jangkauan kita sebab kita nak tambahkan duit2 tu supaya jadi lebih banyak.

dan seterusnya.........[sambung sendiri :P]

macam tu juga, kalaulah ALLAH ciptakan semua orang sempurna dan tidak ada cacat cela langsung, mesti kita asyik fikir je mcm mana nak kekalkan kesempurnaan tu, dan boleh jadi jugak sampai lupa semua tanggungjawab kita. hmmm......


renung-renungkan :)

oklah..dah agak panjang kot entry ni.
nak stop dulu.

till then,
salam and bye bye bye

No comments: