Friday, November 5, 2010

there's always a rainbow after the rain

oh how i miss blogging!

ALHAMDULILLAH, all praises are due to ALLAH, the Great.
syukur kaki Pa dah semakin sembuh, berbanding dengan sebelum ni. lukanya tak lah seteruk mana, tapi sebab ia berkait dengan diabetes, jadi tempoh luka nak sembuh agak memakan masa sikit.

masa Pa sakit-sakit macam ni, Alhamdulillah aku dah start cuti, kalau tidak susah jugak Ma nak uruskan semua. at least aku dapat ringankan beban Ma, dengan jadi matron peribadi Pa. hahahaha..aku lah yang wat semuanya, check glucose level Pa setiap pagi, serve makanan, dressing luka, serve ubat etc. bukan nak riak ke apa ke, tapi aku syukuuurrrrrrrrrrr sangatx100 dapat take part masa Pa susah-susah mcm ni. aku kan blajar jauh juga (walaupun bukan di obersea, tapi payah nak balik unless ada emergency sangat2) so bila time2 mcm ni lah nak amik peluang berbakti pada orang tua :)

masa mula2 Pa gtau kata dia sakit kaki, aku ingatkan sakit biasa2 je, taklah teruk mana pun, tapi bila tengok sendiri keadaan kaki Pa, reaction aku mula2 tu memang unimaginable sangat. aku TERKEJUT giler! yelah, tak sangka teruk macam tu, sampai kaki tu bengkak walhal luka kecik sangat. tapi kalau dah nama ada diabetes tu, luka lah sebesar mana pun, tetap akan ambil masa nak sembuh.

mula2 tu jugak Pa bgtau ada doktor tu cakap dia kena Gout. kitorang sekeluarga terkejut sangat2. aku pun google and cari pasal penyakit ni, gambar2 yang berkaitan, punca2, cara rawatan, pantang etc. then, pegi rujuk pada doktor lain, dia cakap diabetes saje, bukan gout. stress level kat rumah dah turun sikit, pastu naik balik bila doktor tu cuba nak psycho Pa dengan bagitau mcm2 yang tak masuk akal, possibilities nya kuman akan masuk ke tulang, kena potong kaki yada yada yada. lagilah Pa tension, walaupun dia tak tunjuk tapi aku tahu dia cuba nak sembunyikan. nampaklah setiap hari dia belek2 luka dia, belek2 kaki dia. kesiaann aku rasa tengok Pa mcm tu.

lama kelamaan, aku tengok Pa makin okey dan relax sikit walaupun luka nampak mcm lambat sikit nak sembuh. at least, bila sakit2 mcm ni, dia duduk rumah dan boleh nmpak sendiri keadaan di rumah macam mana. sebelum ni asyik sibuk je keja, tak cukup tido, penat so inilah masanya Pa nak rehat cukup2 sampaikan Pa kata dia dah puas tido dan puas berehat. ikutkan hati Pa, minggu kedua tu dia dah nak pegi keja....ish ish ish Pa ni la

currently, syukur Alhamdulillah kaki Pa semakin sembuh, aku tahu semangat Pa kuat, dia tahan segalanya. dan betullah janji Allah, Dia sentiasa ada masa kita perlukanNya dan kalau kita mohon kepadaNya

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
(Ali Imran,173)

1 comment:

siangshian said...

illi~! how's ur father?
i'll pray for his recovery! you take care ya~!