Tuesday, August 9, 2011

oh so random


dulu-dulu pernah ada impian itu.
tapi sekarang sudah hilang entah kemana semangatnya; yang satu saat itu amat membara.
perubahan masa, mungkin.
persekitaran juga. semuanya berkait.

jangan disalahkan benda lain bila diri sendiri yang tidak mahu mengubahnya
lantas, diberinya alasan tidak mampu melaksanakannya
itu semua omong kosong para pendusta
kata-kata lapuk yang sudah acap kali jadi halwa telinga kecil itu.

sungguh dia mahu impian itu bernyala semula
tapi, bagaimana?
adakah perlu ditunggu sahaja saat detik emas itu kembali?
atau adakah perlu dicari di sekitarnya?
buntu. mencengkam perasaan ini.

*************************************************************

disclaimer: ini bukan mengenai heart broken kata omputih. ini adalah saja-saja nak cuba try test bakat terpendam (ada ke? )

sekali lagi, entri ni adalah hasil rendaman beberapa bulan sebelum ramadhan menjelma. masa itu, aku yang jobless (buat masa ni) konon-konon berfikir-fikir nak tulis buku dan jadi penulis (dah tak ingat gamak nak jadi cikgu tu).

tapi harapan tinggal impian, aku ketandusan idea sekerat jalan masa tu. dan tadi, tiba-tiba dapat ilham baharu, sebab tu ada entri ni :D

alaaaaa...puisi tahapaapaentah, tu pun nak bangga ke?

No comments: