Monday, August 1, 2011

Ramadhan menjelma lagi

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ramadhan menjelma lagi . syukur rasanya kerana aku masih dipanjangkan umur untuk menikmati bulan mulia ini. dan syukur juga kerana masih bernafas untuk terus di"paksa-rela" untuk berubah.

harapnya Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, yang memang sedia maklum tak berapa nak lengkap dan sempurna. insyaALLAH niat itu dah ada, cuma perlu kekuatan untuk lakukannya.

Alhamdulillah Allah untuk semua nikmat dan rahmat yang Engkau berikan padaku dan keluargaku. sungguh tidak terbalas semuanya dengan kudrat aku yang tak seberapa ni.

Ramadhan tahun ini agak "spesel" kerana aku berpuasa di rumah, di kelilingi oleh mereka-mereka yang sangat dekat rapat dihati.

"spesel" juga kerana berpeluang untuk tolong mana yang patut (baca: parents) berbanding sebelum ni yang hanya boleh 'hai' dan 'bye' melalui phone calls sahaja.

"spesel" juga kerana berpeluang untuk mendalam islam dan ilmu agama dengan secukupnya untuk tampung bahagian yang dah lama "koyak rabak" dan "pecah". baru sekarang sempat untuk beli peralatan yang lengkap dan mahal :D

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA :)
moga-moga beroleh keberkatan disebaliknya



till then, salam and bye bye ^^,

No comments: