Thursday, August 4, 2011

perihal Ramadhan

air tebu . jus epal. murtabak. nasi lemak ayam berempah. ayam percik. donat. agar-agar santan.
boleh tahan hasil 'tangkapan' hari ini.

"Allahuakhbar Allahuakhbar" kedengaran azan berkumandang.
"Oh, dah masuk waktu berbuka. Bismillah..."
dia capai tangkai cawan di depannya dan meneguk minuman itu dengan rakus sekali. macam tak jumpa air dua hari.
jag ditarik dekat. menambah air di dalam cawan yang semakin berkurangan.
minum lagi. seteguk. dua teguk. sampai habis.
perut semakin mengembung bahana air, kenyang yang sementara. kenyang dengan air, bak kata orang tua.

mata menjeling makanan-makanan yang banyak di depan mata.
murtabak. nasi lemak ayam berempah. ayam percik. donat. agar-agar santan.
semuanya sekadar dijeling dengan hujung mata sahaja.
lambat-lambat dia ambil donat dan agar-agar santan. buat alas perut sebelum solat.
"Lepas mahgrib nanti barulah makan betul-betul, rasa kenyang lagi perut ni. Nanti lama-lama, mesti rasa lapar balik"
tudung saji dicapai seraya ditutup semua juadah berbuka.
lampu dapur dimatikan dan kaki melangkah ke ruang tamu.

"Rehat lah kejap sementara nak tunggu solat. Biar air turun dalam perut dulu"
lantas dia ambil remote controller tv dan memilih-milih rancangan menarik. kebetulan di channel 123 ada rancangan kegemaran, apalagi, mata semakin melekat di tv.
lapan setengah. sembilan. sembilan setengah.
kedengaran bunyi muzik penghabisan cerita.
sembilan empat puluh lima.
"Eh! dah nak dekat pukul sepuluh rupanya. aku tak solat maghrib lagi ni!"
cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik air.

lepas solat maghrib. dan isya'.
"Mengantuk la pulak mata ni. esok je lah solat tarawikh"
sejadah dilipat dan pintu bilik dibuka.
Klik. lampu bilik dimatikan tanda penghuni sudah tidur.

makanan berbuka tak disentuh langsung. tarawikh pun sekadar di bibir saja.


p/s: lain kali, jangan berjanji kalau tak boleh tepati, biarpun pada diri sendiri.

disclaimer: entri ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati. hanya imaginasi sahaja. semata-mata

No comments: