Friday, August 5, 2011

S.A.H.U.R


sahur, dengan mata yang terbuka sebelah.
tangan mencapai pinggan lauk, alamak tersilap pegang pinggan emak la pulak
emak menjeling sambil berkata "Makan betul-betul, sekejap je sahur ni, lepas ni nak tidur balik pun tidur la. Tapi pastikan solat dulu"

dia suap nasi ke dalam mulut. perlahan-lahan, sebab sisa mengantuk ada lagi.
sedap juga lauk ni, mata sebelah lagi terbuka luas, oh! daging goreng rupanya.
makan sikit. cakap sikit. makan lagi. cakap lagi. dah habis makan.
dia bawa pinggan ke sinki dan basuh. pinggan dia saja. takpe, pinggan lain mak basuh pasni.

waktu imsak dah berakhir. baru pukul 5.51 pagi. tengok tv dululah sementara tunggu azan subuh.
tv3 - kalamullah.
"Hmmm..macam best je rancangan orang mengaji quran ni. Layan lah"
"Allahuakhbar Allahuakhbar" azan subuh berkumandang.
dia melangkah ke bilik air dan berwudhuk. rancangannya nak solat subuh pastu sambung tidur.

perut dah kenyang, tidur pun best ni.
lantas punggung menghenyak katil empuk itu.
ye lah, kan mak dah cakap tadi, nak tidur boleh tapi pastikan solat subuh dulu.
dah solat, bolehlah sambung tidur.



disclaimer: tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. hanya imaginasi sahaja. semata-mata.


p/s: trying hard not to sleep after sahur. nak sambung tidur juga tapi lewat-lewat sikit. sebab tu ada entri baru :D

No comments: