Thursday, October 20, 2011

bila kenangan itu menjelma

aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap


sayup-sayup lagu dendangan sheila on 7 kedengaran dari corong radio petang itu.
"ah, tepat sekali kena atas batang hidung aku sendiri"
bosan berada di rumah sejak pagi memaksaku sedikit rajin dan baik hati menemankan kakak mengambil adik pulang dari kelas tuisyen di bandar. masuk saja ke dalam kereta, tangan ligat menekan siaran radio kegemaran, seperti rutin sahaja.

lirik lagu itu mampu buat aku tersenyum tanpa kata, kerana ia memang sangat 'kena' dengan situasi aku sekarang.
"aduh, bilalah keputusan posting nak keluar ni? aku dah bosan tunggu"
keluhan itu hanya tersekat di anak tekak sahaja, tidak terkeluar dari mulut, bukan apa, aku jadi malas untuk menjawab pertanyaan orang-orang di sekeliling yang aku kira asyik kedengaran sejak mula habis belajar lagi.
aku sendiri pun sangat mengharapkan waktu itu tiba, jadi tolonglah faham, bila soalan yang sama diulang tanya, ia mendera hatiku :(

bukan tidak dicuba telefon dan berhubung dengan rakan-rakan berbincangkan perihal posting yang tak kunjung tiba lagi, malah beribu-ribu kali dan topik yang sama akan jadi kegemaran semua orang. semua pakat hendak jadi ahli nujum meneka tarikh yang sebenar kami akan dipostingkan. namu, setakat ini, semuanya hampa.

hubungan dengan rakan-rakan menjadi erat kembali walaupun hanya berhubung lewat facebook. mungkin ada hikmahnya Allah 'melewatkan' tarikh penempatan batch kami; supaya dapat membina dan merapatkan kembali jurang persahabatan yang dulu pernah goyah hanya kerana semua 73 kami berlainan cara pemikiran dan perangai.
mungkin tak berapa matang pun ada juga.


bila tiba saat ini, kami kembali punya rasa yang sama dan semua orang saling sokong menyokong dan tolong menolong apa yang patut. aku bangga punya teman seperti mereka, walau secara lahirnya kami sudah tiada apa-apa ikatan, maksud aku semuanya sudah habis belajar dan usai graduasi, secara automatisnya semua akan sibuk dengan urusan hidup masing-masing, namu masih punya masa dan tempat buat teman-teman seperjuangan.
sesungguhnya aku bangga menjadi sebahagian dari mereka dan memori indah itu.

terbayang di minda bagaimana gigihnya mereka berjuang supaya elaun pelajar dimasukkan pada masanya, dan seringkali kami berjaya, walaupun terpaksa merasa apa itu erti ikat perut dan berjimat-cermat dahulu.
bagaimana kami bekerjasama menyiapkan barang-barang dan props semasa ditugakan untuk mengadakan bengkel di sekolah-sekolah, oh betapa indahnya dan eratnya kami saat itu.
dan aku bersyukur, walau apapun yang pernah berlaku di antara kami beramai-ramai, itu pasti akan menjadi kenangan terindah semua orang.

aku sangat pasti.

***********************************************************

lalu lintas petang itu agak sibuk, sebab hujan barangkali.
pergerakan kereta jadi lambat seperti kura-kura tetapi tidaklah sampai tahap berhenti lama.

fuh, nasib baik, kalau tak masaklah dalam kereta ni.

No comments: