Wednesday, December 28, 2011

of uncertainties and dissapoitments

**disclaimer: entry ini agak sedikit emosional, read at your own risk**

"Tak semua yang kau rancang kan berlaku, mungkin nasib tak menyebelahi aku
"- Yuna; Penakut


well, kebiasaan aku yang suka sangat kaitkan setiap lirik lagu dengan kisah kisah yang berlaku sehari-hari, jadi hari ni aku nak kaitkan entry aku dengan secebis lirik dari Yuna-Penakut.

to be honest, mula-mula aku dengar lagu ni, aku sangat tak suka rentaknya tambah-tambah bila sampai part Yuna nyanyi "ini tidak adil, tidak adil" tu..tak tahu kenapa aku tak suka sangat mendengarnya. tapi lama-lama bila dengar balik lagu ni sambil hayati lirik permulaannya, aku rasa it's soo true in every sense, dan berkait rapat dengan aku. tapi i'm not going to relate it with love story lovey dovey tu.

so to speak, sangat benarlah lirik lagu ni dengan kita semua. semua orang pasti punya perancangan tersendiri; tentang apa yang mereka mahukan atau apa yang ingin dicapai atau apa yang ingin dilakukan dalam hidup masing-masing, but i guess life is so not a bed of roses.

hidup ini tak seindah yang disangka kerana kita perlu berhadapan dengan cabaran, ujian dan pilihan setiap kali. dan akan tiba saatnya dimana tidak semua akan dapat apa yang dihajatkan atau dirancangkan. kenapa? well, ada yang kaitkan dengan nasib atau takdir, but i prefer to believe that ALLAH certainly has something special stored for me, hence He gave me this 6-months-and-counting-waiting-for-my-placement "test".

*positive thinking*

kecewa? MESTILAH. siapa yang tak kecewa? setelah menandatangani kontrak perkhidmatan selama 5 tahun di sekolah dan semua perbelanjaan pengajian selama 6 tahun ditanggung beres malahan dijanjikan pula dengan ganjaran kerja tetap yang menanti sejurus tamat pengajian, jadi kiranya ianya tidak berlaku seperti yang dijanjikan, now tell me SIAPA YANG TAK KECEWA?

never in history of our seniors did this kind of thing happened, and i don't know whether it was just us or the same thing will going to happen to my juniors. i don't know. i had enough of patience and determination and heart to be a teacher. seriously, if u ever asked me the question.

enough of the questions
"bila posting?"
"dah tahu ke posting kat mana?"
"kenapa lambat sangat posting korang eh?" sambil mata merenung sinis
"laa, tak posting lagi ke? dah lama kan habis belajar dulu" nada yang memerli

reaksi aku: senyap dan senyum kambing.
sebab aku tak punya jawapan untuk semua soalan 'membunuh' itu.

honestly, sekiranya kamu-kamu semua mahu tahu di mana aku akan ditempatkan, aku jauh sejuta kali lagi ingin mengetahuinya more than you do.

it hurts me very much when i myself didn't even know the date and you guys keep on asking me 'that' questions. seriously. i'm like a puppet having to portray my smiley face to the audiences when actually i'm crying inside.

please be a little empathy. if i know the placement, the date and all i'm surely will tell everyone in no minutes coz that would be the best news to be shared with, aint it?

*sorry if i got a bit emotional*

dan aku kira benarlah penantian itu satu penyiksaan kerana kita akan ditinggalkan dalam keadaan yang tak pasti/ tertanya-tanya/ uncertainties. penantian sangatlah memerlukan kepada kesabaran, dan seringkali kesabaran adalah benda paling susah yang dipunyai oleh manusia, secara amnya.

jangan ditanya pasal usaha, kerana hanya kami-kami yang mengalaminya sahaja tahu bagaimana kuatnya usaha rakan-rakan yang tak pernah kisah kamu-dari-maktab/ipg-dan-ipta-asalkan-semuanya-bernaung-dibawah-label-cohort4-yang-tak-posting2-lagi semuanya akan ditolong, twitter, perjumpaan dengan KPM- it is all done.

so I REALLY THANKED THEM for all the efforts dan moga2 ALLAH membalasnya kepada kalian.

dan sekiranya kamu tidak berada dalam keadaan ini, don't bother asking that type of questions that will make people hate you. *ouch, hate is really a strong word*

banyak lagi soalan yang lebih berguna dan molek untuk ditanya, kan?


try to walk in my shoes, then you'll know how it feels

No comments: